Selasa, 23 Februari 2021

Sentuhan Amri masih relevan – Kurniawan

 SUKAN



AMRI (tengah) yang sudah mencecah usia 40 tahun masih kekal bermain dan kini bersama pasukan Sabah FC pada saingan Liga Super musim ini.

Sentuhan Amri masih relevan – Kurniawan

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

24 Februari 2021, 11:40 am

KETUA jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto percaya kehadiran pemain veteran, Amri Yahyah dapat membantu meningkatkan kualiti pasukan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021 yang akan bermula 5 Mac depan.

Kata Kurniawan, meskipun Amri kini berusia 40 tahun, kudrat yang ada pada penyerang itu masih lagi ditagih kerana dia boleh memberi impak besar tidak kira di dalam atau di luar padang.

Amri memiliki pengalaman yang boleh dicurahkan buat pemain-pemain muda kami. Keputusan pihak pengurusan untuk mendapatkan khidmatnya adalah tepat dan saya lihat, tahap kecergasannya juga setanding dengan pemain berusia 20-an.

Justeru, saya optimis kehadiran Amri ke dalam pasukan tidak hanya tangkap muat tetapi sebaliknya dia akan menjadi role model buat pasukan untuk kekal bersaing di peringkat tertinggi meskipun sudah berusia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Sabah kini menjalani saingan pramusim di Semenanjung dan telah mengharungi aksi persahabatan pertama menentang Sarawak United di Petaling Jaya yang menyaksikan keputusan berakhir dengan 1-1.

Mengulas lanjut, pengendali import kelahiran Indonesia itu mahu momentum persiapan pasukan menjelang aksi sepak mula Liga Super menentang Petaling Jaya City (PJ City) 5 Mac depan terus diperkasakan.

Ini adalah aksi pertama pasukan pada pramusim kali ini dan barisan pemain sudah mula faham dengan corak serta strategi bola sepak yang sedang saya usahakan.

Walaupun kami hanya mampu meraih keputusan seri, saya anggap ini sebagai permulaan kerana semua harus faham, pemain juga masih belum mendapat kecergasan penuh selepas lama berehat,” katanya.SUKAN KOSMO ONLINE

Khamis, 18 Februari 2021

Amri Yahyah, Thanabalan sertai Sabah FCAmri Yahyah, Thanabalan sertai Sabah FC

Oleh Zulfaizan Mansor - Februari 18, 2021 @ 9:10pm

zulfaizan@bh.com.my



Pemain berpengalaman, Amri Yahyah kini perkuat Sabah FC. - Foto ihsan FB Sabah FC.

KUALA LUMPUR: Penyerang berpengalaman, Amri Yahyah dan bekas peledak berbisa skuad bawah 23 tahun negara, N Thanabalan menjadi senjata baharu Sabah FC untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kedua-dua pemain itu diumumkan secara rasmi menyertai skuad berkenaan menerusi akaun Facebook Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), hari ini.

Nama Amri cukup dalam kancah bola sepak Malaysia selepas pemain berusia 40 tahun itu pernah mengecapi beberapa kejayaan bersama Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Dengan kehadiran Amri Yahya, diharapkan serangan dan corak permainan tersusun akan kelihatan dalam pasukan Sabah FC bagi saingan Liga Super musim ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Kurniawan Dwi Yulianto dilantik kendali Sabah

Alijus letak jawatan

Sabah tekad jadikan PDRM mangsa pertama

Adlane dilantik pengurus skuad Badak

"Usia yang mencecah 40 tahun ini hanyalah angka buat beliau, Likas pula bukanlah asing buat beliau," kata SAFA dalam kenyataan menerusi akaun Facebook berkenaan.

Sementara itu, Thanabalan, 26, yang mula dikenali ketika beraksi cemerlang bersama skuad negara di Sukan SEA 2017 juga bakal menjadi antara pemain yang diharapkan dapat mencipta sesuatu buat Sabah musim ini.

"Semoga dengan kehadiran Thanabalan akan mendapat lebih banyak pilihan buat Kurniawan Dwi Yulianto (jurulatih Sabah) di bahagian sayap Sabah FC di samping boleh bertindak sebagai pemain tengah ofensif," kata SAFA dalam kenyataan berasingan

Oleh Zulfaizan Mansor - Februari 18, 2021 @ 9:10pm

zulfaizan@bh.com.my

Pemain berpengalaman, Amri Yahyah kini perkuat Sabah FC. - Foto ihsan FB Sabah FC.

Pemain berpengalaman, Amri Yahyah kini perkuat Sabah FC. - Foto ihsan FB Sabah FC.

KUALA LUMPUR: Penyerang berpengalaman, Amri Yahyah dan bekas peledak berbisa skuad bawah 23 tahun negara, N Thanabalan menjadi senjata baharu Sabah FC untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kedua-dua pemain itu diumumkan secara rasmi menyertai skuad berkenaan menerusi akaun Facebook Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), hari ini.

Nama Amri cukup dalam kancah bola sepak Malaysia selepas pemain berusia 40 tahun itu pernah mengecapi beberapa kejayaan bersama Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Dengan kehadiran Amri Yahya, diharapkan serangan dan corak permainan tersusun akan kelihatan dalam pasukan Sabah FC bagi saingan Liga Super musim ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Kurniawan Dwi Yulianto dilantik kendali Sabah

Alijus letak jawatan

Sabah tekad jadikan PDRM mangsa pertama

Adlane dilantik pengurus skuad Badak

"Usia yang mencecah 40 tahun ini hanyalah angka buat beliau, Likas pula bukanlah asing buat beliau," kata SAFA dalam kenyataan menerusi akaun Facebook berkenaan.

Sementara itu, Thanabalan, 26, yang mula dikenali ketika beraksi cemerlang bersama skuad negara di Sukan SEA 2017 juga bakal menjadi antara pemain yang diharapkan dapat mencipta sesuatu buat Sabah musim ini.

"Semoga dengan kehadiran Thanabalan akan mendapat lebih banyak pilihan buat Kurniawan Dwi Yulianto (jurulatih Sabah) di bahagian sayap Sabah FC di samping boleh bertindak sebagai pemain tengah ofensif," kata SAFA dalam kenyataan berasinganAmri Yahyah, Thanabalan sertai Sabah FC

Oleh Zulfaizan Mansor - Februari 18, 2021 @ 9:10pm

zulfaizan@bh.com.my

Pemain berpengalaman, Amri Yahyah kini perkuat Sabah FC. - Foto ihsan FB Sabah FC.

Pemain berpengalaman, Amri Yahyah kini perkuat Sabah FC. - Foto ihsan FB Sabah FC.

KUALA LUMPUR: Penyerang berpengalaman, Amri Yahyah dan bekas peledak berbisa skuad bawah 23 tahun negara, N Thanabalan menjadi senjata baharu Sabah FC untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kedua-dua pemain itu diumumkan secara rasmi menyertai skuad berkenaan menerusi akaun Facebook Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), hari ini.

Nama Amri cukup dalam kancah bola sepak Malaysia selepas pemain berusia 40 tahun itu pernah mengecapi beberapa kejayaan bersama Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Dengan kehadiran Amri Yahya, diharapkan serangan dan corak permainan tersusun akan kelihatan dalam pasukan Sabah FC bagi saingan Liga Super musim ini.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Kurniawan Dwi Yulianto dilantik kendali Sabah

Alijus letak jawatan

Sabah tekad jadikan PDRM mangsa pertama

Adlane dilantik pengurus skuad Badak

"Usia yang mencecah 40 tahun ini hanyalah angka buat beliau, Likas pula bukanlah asing buat beliau," kata SAFA dalam kenyataan menerusi akaun Facebook berkenaan.

Sementara itu, Thanabalan, 26, yang mula dikenali ketika beraksi cemerlang bersama skuad negara di Sukan SEA 2017 juga bakal menjadi antara pemain yang diharapkan dapat mencipta sesuatu buat Sabah musim ini.

"Semoga dengan kehadiran Thanabalan akan mendapat lebih banyak pilihan buat Kurniawan Dwi Yulianto (jurulatih Sabah) di bahagian sayap Sabah FC di samping boleh bertindak sebagai pemain tengah ofensif," kata SAFA dalam kenyataan berasingan.

SUMBER-BH ONLINE

Amri, Thanabalan perkuat Sabah FC

 MyMetroArena



Juwan Riduan

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Bekas pemain kebangsaan, Amri Yahyah dan N Thanabalan sah akan menyarung jersi Sabah bagi menghadapi saingan Liga Super, musim baharu nanti.

Pengumuman itu dibuat dalam laman Facebook rasmi Sabah Football Club (FC) hari ini.

"Selamat datang kepada Amri Yahya, pemain yang cukup dikenali dalam arena bola sepak tanah air dengan mencipta nama bersama skuad Selangor dari tahun 2001 hingga tahun 2013.

"Selamat datang diucapkan ke Sabah FC buat N Thanabalan, pemain sayap kanan berusia 26 tahun dari Seremban yang cukup dikenali dengan prestasi mantap beliau bersama skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan sepanjang tahun 2015 ke tahun 2018," kata Sabah FC dalam dua hantaran berasingan itu.

Sementara itu, ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto ketika dihubungi berkata, dia berharap dengan kehadiran Amri dan Thanabalan, ia akan membawa sesuatu yang positif buat pasukan itu.

"Amri seorang pemain yang sangat profesional bukan saja di dalam padang tetapi juga di luar padang dan ini boleh menjadi contoh kepada pemain-pemain tempatan kita yang lain.

"Walaupun usia Amri sudah mencecah 40 tahun namun kami melihat kesungguhan dia ketika latihan, dia seorang pejuang dan keputusan untuk mengambil dia adalah hasil perbincangan dengan semua barisan jurulatih.

"Barisan kejurulatihan juga melihat Amri sebagai seorang yang boleh mengubah permainan, mungkin dia boleh beraksi 20 minit, 45 minit sebagai pengubah permainan," katanya.

Mengulas mengenai Thanabalan, jurulatih dari Indonesia itu berkata, pemain berkenaan adalah salah satu aset negara yang boleh digilap semula sehingga mencapai semula tahap permainan terbaiknya.

'"Thanabalan baru berusia 26 tahun dan dia pernah beraksi dengan skuad kebangsaan, agak sayang kalau bakatnya dipinggirkan dan oleh sebab itu saya bersama barisan kejurulatihan membuat satu keputusan yang positif untuk mengambilnya.

"Saya sendiri sudah bercakap dengan Thanabalan, saya beritahu supaya dia terus bekerja keras dan jika dia kembali ke prestasi terbaik, ia juga boleh membantu pasukan ini," katanya.

Amri, 40, sebelum ini pernah beraksi bersama Selangor, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Melaka United manakala pasukan terakhir disertainya ialah Sarawak United FC.

Penyerang itu juga pernah membuat 63 penampilan bersama Harimau Malaya dan berjaya menghasilkan 13 gol.

Sementara itu, Thanabalan pula sebelum ini pernah beraksi dengan pasukan Negeri Sembilan, Felcra dan Kedah manakala pasukan terakhir disertainya ialah Perak II.

Pemain kelahiran Rantau itu juga pernah mewakili skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) dan B-23.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2021 @ 8:57 PM

Khamis, 11 Februari 2021

Amri, Thanabalan cuba nasib di Sabah

MyMetroTopic



Juwan Riduan

am@hmetromcom.my

Kota Kinabalu: Dua bekas pemain kebangsaan, Amri Yahya dan N Thanabalan mengintai peluang untuk menyarung jersi Sabah bagi menghadapi saingan musim baharu Liga Super.

Amri, 40, dan Thanabalan, 25, kini berada di Kota Kinabalu untuk mengikuti sesi pemilihan yang dijangka bakal diadakan tidak lama lagi.

Pengendali Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto ketika dihubungi mengesahkan dua pemain itu akan menyertai sesi pemilihan skuad Badak.

Menurutnya, walaupun kedua-duanya mempunyai latar belakang baik dalam karier bola sepak, ia bukanlah jaminan untuk terus menyarung jersi Sabah.

"Memang mereka datang untuk ujian pemilihan tetapi saya ingin tegaskan di sini, hanya ujian pemilihan akan menentukan sama ada mereka akan bersama kami atau tidak.

''Saya tidak mahu memilih pemain berdasarkan pencapaian atau latar belakang mereka sebelum ini tetapi kalau mereka berjaya buktikan keupayaan dan sesuai dengan 'game plan' pasukan, kenapa tidak?,'' katanya.

Amri sebelum ini beraksi bersama Selangor, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Melaka United manakala pasukan terakhir disertainya ialah Sarawak United FC.

Penyerang itu juga membuat 63 penampilan bersama Harimau Malaya dan berjaya menghasilkan 13 gol.

Sementara itu, Thanabalan pula sebelum ini pernah beraksi dengan Negeri Sembilan, Felcra dan Kedah manakala pasukan terakhir disertainya ialah Perak II.

Dia juga pernah mewakili skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) dan B-23.

Terdahulu, Sabah Football Club (FC) turut mengumumkan rakan senegara Kurniawan, Sofie Imam Faizal kembali dilantik sebagai jurulatih kecergasan pasukan itu.

Sementara itu, bekas penyerang import sensasi Sabah, Scott Ollerenshaw sangat teruja apabila diberi peranan sebagai Pengarah Teknikal Sabah Football Club (FC) musim ini.

Katanya, beliau telah lama melihat perkembangan bola sepak di Malaysia khususnya di Sabah dan berharap kehadirannya dalam Sabah FC dapat menjadikan mereka kembali digeruni.

''Apabila saya diminta untuk kembali (bersama Sabah), saya sangat teruja kerana hati saya masih di sini. Saya mengikuti perkembangan pasukan Sabah yang telah melalui tahun-tahun kurang memberangsangkan.

''Saya teruja untuk kembali mencurah khidmat bersama Sabah kerana saya melihat beberapa perkara yang boleh dilakukan di sini,'' katanya dalam temuramah yang disiarkan dalam Facebook rasmi Sabah FC, semalam.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2021 @ 8:43 PM