ARKIB : 27/11/2005
Amri Yahyah bersama tunangnya
Nurul Izza, anak kepada Datuk Satim Diman pada majlis rumah terbuka pengurus
bola sepak Selangor itu di Serdang semalam. - Gambar ZAKI AMIRUDIN.
SERDANG - Bola sepak ternyata
telah menjulang nama Mohd. Amri Yahyah tetapi kerana bola sepak juga telah
membawa pemain tengah Selangor ini mengikat tali pertunangan, semalam.
Bukan orang lain tetapi gadis
pilihan yang berjaya dipikat Amri adalah anak kepada pengurus pasukan Selangor
sendiri, Datuk Satim Diman.
Amri, 25, dan Nurul Izza Satim,
22, selamat ditunangkan pagi semalam sebelum diadakan majlis rumah terbuka
bakal mertuanya itu di sini.
Menurut Amri, perkenalan selama
kira-kira dua tahun telah membuatkannya mengambil keputusan mengikat
pertunangan dengan Nurul Izza.
``Tak kisahlah orang nak kata
`kawan ayah dapat anak ke' tetapi segalanya berlaku secara kebetulan.
``Tetapi saya akui semuanya
bermula kerana bola sepak,'' ujarnya.
Bagaimanapun sehingga ini kata
Amri, tarikh perkahwinannya masih belum ditetapkan lagi.
Ini memandangkan Nurul Izza
masih menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM).
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4jNLJHUU5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan