ARKIB : 18/03/2001
PENYANDANG juara, Terengganu
mencatat kemenangan agregat 5-3 ke atas Kedah untuk mara ke pusingan kedua bola
sepak Piala FA, sekali pun tumpas 3-0 pada pertemuan kedua pusingan pertama di
Stadium Darulaman, semalam.
Tuan rumah yang tumpas 5-0 pada
perlawanan pertama pusingan pertama di Kuala Terengganu, bangkit menguasai
permainan menerusi Tan Gim Hong minit ke-29, Cheah Kean Seng (80) dan Mohd.
Rafdi Abdul Razak (84).
Di Stadium Shah Alam, naib juara
lalu, Pulau Pinang turut selesa apabila melengkapkan agregat 12-1 selepas
mencatat kemenangan 3-1.
Pulau Pinang yang sebelum ini
berpesta gol dengan kemenangan 9-0, meneruskan keunggulan menerusi jaringan
Fareed Shah Hassan (55), Ooi Hoe Guian (70) dan S. Nanthakumar (pen, 85).
Di Stadium Penampang, tuan rumah
Sabah menundukkan Malay Mail Kuala Lumpur 3-0 untuk kemenangan agregat 4-0
selepas mendahului saingan terdahulu 1-0.
Henry Saimpon membuka jaringan
menerusi penalti pada minit ke-30, diikuti gol oleh Rizal Awang Zad, minit
ke-46 dan Sharin Majid (69).
Di Stadium Perak, pasukan tuan
rumah menyingkirkan Intel Pulau Pinang dengan kemenangan 4-1 untuk mara
menerusi agregat 7-1.
Perak menang pertemuan pertama
3-0, memperoleh jaringan menerusi Liew Kit Kong (14), P. Gunasegaran (29, 56)
dan penalti oleh Norizam Ali Hassan (44), manakala gol tunggal Intel oleh
Hasnizal hashim (77).
Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Melaka sekali lagi berkenduri gol apabila menewaskan Zaba FC
Terengganu 13-0 untuk mengumpul agregat terbesar 25-1. Melaka menang pertemuan
pertama 12-1.
Gol Melaka dijaringkan oleh Sri
Jaafar Abdul Rahman (18, 64, 66, 79), Rashid Mahmud (20, 32, 90), Saiful Bahari
Shahrom (34), Khairul Azwa Khairun (38), Mohd. Rizal Ruddin Abdul Rani (46,
47), Musa Mutalib (pen. 51), Mohd. Ariffadillah Nordin (88).
Di Stadium Petaling Jaya, pasukan
pelawat Perlis meraikan kejayaan ke pusingan seterusnya dengan agregat 1-0 ke
atas MPPJ menerusi S. Paidiya Rau (84) selepas kedua-dua pasukan seri 0-0.
Perlis mendahului pertemuan awal 1-0.
Di Stadium Larkin, naib juara
Piala Malaysia 2000, Selangor hanya seri 1-1 dengan Johor untuk melengkapkan
agregat 3-1 ke pusingan kedua.
Selangor yang menang 2-0 pada
pertemuan pertama, memperoleh jaringan menerusi Amri Yahyah pada minit ke-85,
manakala gol Johor oleh Khairul Ismail (70).
Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV di
Kota Bharu, tuan rumah Kelantan gagal ke pusingan kedua selepas kecundang 2-1
kepada Sarawak yang mengumpul agregat 5-4.
Selepas seri 3-3 pada perlawanan
terdahulu, Kelantan membuka jaringan menerusi Tuan Kamree Tuan Yahya (38),
tetapi dibolosi dua gol oleh Ramos Sari (40) dan Halim Jantan (65).
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, pasukan pelawat, Pahang pula mara dengan agregat 2-1 walaupun dikalahkan
1-0 oleh NS Chempaka menerusi K. Nanthakumar, minit ke-74. Pahang menang
pertemuan pertama 2-0.
Di Stadium KLFA, pasukan SKMK
Kelantan mengetepikan cabaran tentera dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Mat
Anuar Semail pada minit ke-41 untuk agregat 3-0. SKMK Kelantan menang 2-0 pada
saingan pertama.
Di Stadium Nasional, Bukit Jalil,
Telekom Melaka mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas
Polis.
Telekom Melaka mara menerusi
agregat 4-3, sekali pun tumpas 2-1 pada saingan pertama lalu.
Shaiful Ardan Adnan menjaringkan
dua gol untuk pasukan itu pad minit ke-69 dan 110, serta satu gol oleh Talib
Sulaiman, minit ke-27.
Gol tunggal Polis disumbat masuk
oleh Shahrul Nizam Mustapada pada minit ke-64
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4bUVTtd1X
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan