MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID
14 JANUARI 2017
Kuda tua banyak jasa Kehadiran
Amri bersama Melaka United dinilai sebagai pembelian yang berbaloi untuk
menguatkan lagi jentera serangan juara Liga Perdana 2016 berkenaan
Kuda tua banyak jasa
KETUA Jabatan Kejurulatihan,
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), B Sathianathan menyifatkan khidmat pemain
berusia atau nama glamournya 'kuda tua' masih relevan.
Menurutnya, pemain-pemain
senior seperti Shukor Adan (Felda United), Amri Yahyah (Melaka United) dan
Safee Sali (PKNS FC) yang telah melangkaui usia 30-an masih praktikal untuk
saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017.
Kata bekas Jurulatih Kelantan
dan ATM itu, pemain-pemain senior yang ada dalam sesebuah pasukan dilihat mampu
menjadi mentor kepada pemain muda terutamanya dalam memberikan kata-kata
nasihat, selain berkongsi pengalaman selepas bertahun-tahun beraksi dalam liga
domestik negara.
"Pemain-pemain yang sudah
berusia ini memang penting untuk terus berada di dalam liga kerana pengalaman
yang mereka miliki.
"Walaupun mereka boleh
dianggap tua untuk bola sepak, tetapi saya percaya ada sesetengah daripada
mereka jauh lebih baik daripada pemain-pemain muda.
"Sebagai contoh Shukor di
Felda musim lalu, dia merupakan antara watak penting untuk membantu kejayaan
pasukannya.
"Pemain-pemain lain
seperti Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad memang perlu untuk
sesebuah pasukan kerana ia bukan bergantung kepada skil mereka semata-mata,
tetapi pemain yang berusia ini juga mempunyai disiplin yang tinggi.
"Kalau mereka ni dah umur
34, 35 tahun tapi masih lagi bermain, itu jelas menunjukkan yang jiwa mereka
memang untuk bola sepak," ujarnya.
MENTOR
SATHIANATHAN turut menganggap
pemain-pemain berusia ini sangat penting untuk membantu pemain-pemain muda di
dalam pasukan.
Baginya, selain dijadikan role
model, pemain-pemain ini banyak membantu jurulatih di dalam dan luar padang.
"Macam dulu masa saya
masih menjadi jurulatih, Hairuddin Omar menjadi antara tonggak utama saya
kerana dialah yang akan mendukung pemain-pemain muda untuk menjadi seorang
pemain bola sepak profesional.
"Seperti Shukor masa
bersama saya di ATM dahulu, dia bersama Rizal dan Hairuddin yang memainkan
peranan dan membantu saya buat kerja di dalam dan di luar padang.
"Sebabnya, mereka tahu
pergerakan pemain-pemain muda ini. Ke mana mereka pergi, disko ke...dia tahu.
Sebab mereka pemain dengan pemain.
"Jurulatih tak dapat nak
pantau semua pemain, malam-malam pergi rumah dia semua. Jadi, mereka-mereka
inilah yang akan buat kerja untuk jurulatih," katanya.
Jelasnya, disiplin dan
pengalaman yang ada pada pemain berpengalaman ini jugalah yang banyak membantu
untuk menaikkan lagi pemain-pemain muda baharu mengukir nama di persada bola
sepak Malaysia.
"Kalau tanya Rueben ke,
Mat Yo ke masa dulu, mesti mereka akan cakap pemain-pemain berusia inilah yang
banyak membantu untuk menaikkan nama mereka.
"Jadi bagi saya walaupun
pemain tua sekali pun, tetapi kalau dia masih fit untuk bermain, dia memang
berbaloi untuk sesebuah pasukan," tambahnya lagi.
BUKAN TUA, TAPI BERPENGALAMAN
TAMBAH Sathianathan lagi,
gelaran kuda tua adalah istilah tidak sesuai digunakan untuk menggambarkan jasa
pemain-pemain ini.
Baginya, gelaran yang paling
sesuai ialah kuda berpengalaman.
"Dari jasa yang telah
mereka curahkan, gelaran kuda tua itu bagi saya kedengaran agak kasar.
"Cuba kita gunakan istilah
yang lebih lembut seperti kuda berpengalaman.
"Barulah menggambarkan
jasa dan pengorbanan mereka untuk pasukan selama ini," katanya lagi
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 14
JANUARI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan