14 November 2017
Amri, Andik belum digugur
Khidmat Amri masih ditagih
Selangor.
PENGENDALI Selangor, P Maniam
menafikan berita dua tonggaknya, Mohd Amri Yahyah dan Andik Vermansyah akan
meninggalkan pasukan itu musim depan.
Menurutnya, pihak pengurusan
masih membuat perbincangan mengenai kontrak kedua-dua pemain bintang itu, namun
enggan memberi bayangan sama ada mereka akan terus menyarung jersi merah
kuning.
"Semua masih dalam
perbincangan. Saya pasti kalau diikutkan kedua-dua masih mahu bersama Selangor.
"Tapi, semuanya akan
terpulang kepada keputusan perbincangan mereka dengan pengurusan mengenai soal
kontrak," katanya.
Sebelum ini, berita mengenai
kedua-dua pemain itu akan meninggalkan The Red Giants hangat diperkatakan
selepas kedua-dua pemain itu memberi bayangan melalui status yang dimuatnaik di
laman sosial masing-masing.
Dalam pada itu, Maniam turut
memberi bayangan akan menggunakan ramai tenaga muda dalam pasukan itu musim
depan.
"Kita akan menaiktaraf
sebilangan besar pemain Piala Presiden di dalam pasukan untuk memberi nafas
baharu kepada pasukan.
"Tapi pada masa sama, kita
juga akan mengekalkan beberapa pemain senior seperti Razman Roslan yang amat
penting kerana ada pengalaman yang cukup berguna untuk membantu pemain
muda," katanya
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 14
November 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan