MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 18
Januari 2020
Amri (kanan) antara pemain yang
cukup berpengalaman di pentas Liga-M.
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan
(KAFA) mengakui wujud rundingan untuk membawa masuk bekas penyerang Harimau
Malaya, Mohd Amri Yahyah untuk beraksi bersama skuad The Red Warriors (TRW)
dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Pengurus pasukan Kelantan, Datuk
Wan Rakemi Wan Zahari berkata, pihak pengurusan menyerahkan keputusan kepada
ketua jurulatih, Yusri Che Lah untuk membuat keputusan sama ada ingin mengambil
Amri beraksi bersama Kelantan.
“Baru-baru ini, ada ejen kepada
Amri datang untuk berunding tetapi perbincangan itu tiada kata putus. Kita
serah kepada Yusri sama ada beliau mahu atau tidak mengambil Amri.
“Apa yang boleh saya katakan, di
pihak pengurusan kita bagi sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih untuk
membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Sebelum ini, timbul khabar angin
mengatakan pemain berusia 38 tahun itu akan menyarung jersi Kelantan selepas
jodohnya bersama Selangor berakhir musim lalu.
Begitupun, sehingga saat ini,
Amri yang pernah menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2014 hingga 2016
dan Melaka United (2017) belum mengesahkan destinasi baharunya.
Dalam pada itu, Wan Rakemi turut
memberitahu, persediaan TRW bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) 2020 kini
berada pada tahap 70 peratus melibatkan pemain tempatan selain pihaknya masih
mencari pemain import untuk memenuhi kuota pasukan.
“Ada beberapa pemain import yang
datang untuk trial bersama kita. Dalam dua atau tiga hari lagi ada dua import
yang akan sampai dan jika Yusri kata okay, maka kami akan bersetuju dengan
import itu.
“Apa sekalipun, saya percaya kami
akan dapat menyiapkan pasukan dengan barisan pemain yang bagus sebelum liga
bermula dan memberikan tentangan dalam saingan liga nanti,” ujarnya.
Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA)Mohd Amri Yahyah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan