Ahad, 18 Julai 2021

Fokus, jangan terlalu yakin - Kurniawan

Juwan Riduan

am@hmetro.com.my



AMRI Yahyah dalam aksi perlawanan persahabatan antara Sabah FC menentang JDT II di Johor Bahru. FOTO Ihsan Sabah FC

Johor Bahru: Barisan pemain Sabah Football Club (FC) perlu terus komited dan fokus kepada perlawanan seterusnya untuk memastikan momentum persembahan terbaik.

Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, kemenangan pertama yang dicatatkan menentang JDT II semalam, hanya sebagai panduan serta langkah menghadapi perlawanan persahabatan seterusnya.

Katanya, pemain tidak seharusnya terlalu yakin sehingga leka kepada perlawanan seterusnya kerana ia akan mengganggu persiapan menghadapi baki saingan Liga Super.

"Jangan terlalu yakin..fokus kepada perlawanan persahabatan lain. Tempoh rehat selama dua bulan agak panjang.

"Namun kita yakin akan gunakan perlawanan persahabatan ini untuk mengukur kemampuan pemain disamping menguji keserasian dalam kalangan pemain lama dan baharu," katanya.

Kurniawan berkata, ada beberapa kesilapan yang dikesan dilakukan pada perlawanan semalam yang perlu diperbaiki.

"Pada separuh masa kedua kita nasihatkan ini hanya perlawanan persahabatan, sepatutnya tidak perlu ada tekanan dalam kalangan mereka.

Terus fokus serta bermain dalam situasi yang biasa," katanya.

Kurniawan berharap agar momentum persembahan ini akan dapat dikekalkan menjelang perlawanan Liga Super menentang PJ City FC, 24 Julai depan sekali gus dapat mencapai keputusan baik kelak.

Disiarkan pada: Julai 18, 2021 @ 2:18pm.1

___________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/732038/fokus-jangan-terlalu-yakin-kurniawan

Sabtu, 22 Mei 2021

PENJARING GOL MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Name                                First/Last    Goals
 
01.Mohamed Mokhtar DAHARI            1972-1985       89
02.Abdul Ghani MINHAT            [1] 1956-1966       61
03.Zainal Abidin HASSAN              1980-1997       53
04.Isa ABU BAKAR                     1974-1981       44
05.Shaharuddin ABDULLAH              1967-1974       39
06.Dollah SALLEH                     1985-1996       33
07.Safee SALI                      * 2006-2017       23
08.James WONG                        1972-1981       23
09.Robert CHOE            10.  [2]   1958-1966       22
10.WONG Choon Wah                    1968-1977       20
11.THANABALAN Nadarajah              1964-1969       19
12.Rusdi SUPARMAN                    1999-2001       18
13.Azman ADNAN                       1991-2000       17
14.Arthur KOH                  [3]   1958-1965       17
15.Indra PUTRA Mahayuddin          * 2002-2014       17
16.Bakri IBNI                        1976-1983       16
17.Safiq RAHIM                     * 2007-2018       15
18.Amri YAHYAH                     * 2004-2017       15
19.Syed Ahmad ABU BAKAR              1966-1974       14
20.Hassan SANI                       1977-1984       14
21.Norshahrul Idlan TALAHA         * 2007-2019       14
22.Abdah ALIF                        1975-1980       13
23.Hairuddin OMAR                    2000-2009       13
24.SOH Chin Ann                      1969-1984       13
25.Zaquan Adha ABDUL RADZAK        * 2007-2019       12
26.Stanley GABRIELLE           [4]   1959-1964       12
27.LIM Teong Kim                     1982-1991       12
28.Ali BAKAR                         1970-1976       11
29.Harun JUSOH                       1969-1976       11
30.Rahim OMAR                  [5]   1957-1963       11
31.Safawi RASID                    * 2016-2019       10
32.Nizaruddin YUSOF                  1999-2008       10.1


1http://www.rsssf.com/miscellaneous/malay-recintlp.html(diakses pada 22 Mei @021)

REKOD KAPS PEMAIN MALAYSIA SEHINGGA 22.5.2021

 REKOD KAPS PEMAIN MALAYSIA SEHINGGA 22.5.2021

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Malaysia - Record International Players


NB: includes Malaya until 1962.
Last match included: Malaysia-Indonesia, 19 Nov 2019

Appearances for Malaysia National Team

Name                          First/Last     Caps  Goals 

SOH Chin Ann                  1969-1984      224     13
Abdul Shukor SALLEH           1970-1981      171     05
ARUMUGAM Rengasamy            1973-1986      142      0
Mohamed Mokhtar DAHARI        1972-1985      142     89
Zainal Abidin HASSAN          1980-1997      136     53
CHANDRAN Mutveeran            1965-1974      123      2
Santokh SINGH                 1973-1984      118      7
Ahmad YUSOF                   1981-1993       95      6
Jamal NASIR                   1975-1984       88      2
WONG Choon Wah                1968-1977       88     20
Aidil Zafuan ABDUL RADZAK   * 2007-2019       87      3
Dollah SALLEH                 1985-1996       81     33
Norshahrul Idlan TALAHA     * 2007-2019       80     14
Safee SALI                  * 2006-2017       76     23
Safiq RAHIM                 * 2007-2018       75     15
KUNANLAN Subramaniam        * 2009-2017       74      0
Yahya JUSOH                   1976-1981       73      1
Azizol Abu HANIFFAH           1983-1993       7       8
Abdul Ghani MINHAT            1956-1966       71     61
Shaharuddin ABDULLAH          1967-1974       70     39
Norhafiz Zamani MISBAH        2001-2011       66      2
Isa ABU BAKAR                 1974-1981       65     44
Amri YAHYAH                 * 2004-2017       64     15
Bakri IBNI                    1976-1983       63     16
Rosdi TALIB                   1999-2007       63      4
Abdullah ALI                  1976-1980       62      7
Abdah ALIF                    1975-1980       60     13
LIM Teong Kim                 1982-1991       60     12
RAJINIKANDH Batumala          1996-2001       59      1
Baddrol BAKHTI              * 2009-2019       58      5
Muhammad Shuko              * 2001-2014       56      5
Khairul Fahmi CHE           * 2010-2019       56      0
Indra Putra MAHAY           * 2002-2015       56     17
Mohamad Fadhli SHAS         * 2010-2018       55      0
Hairuddin O                   2000-2009       54     13
Azman ADNAN                   1991-2000       52     17
Kaironnisam Sahabudin HU      2002-2009       52      1
Mahali JASU                 * 2009-2018       52      3
Nizaruddin YUSOF              1999-2008       51     10
Serbegeth SINGH               1982-1991       50      1
Zaquan Adha ABDUL RA        * 2007-2019       49     12
Farizal MARLIAS             * 2009-2019       45      0
Abdul Rashid HA               1975-1989       41      0
Ahmad Shahrul AZ              1997-2002       40      7
Khairul Azman MOHAM           1991-1997       40      0
Shahrul SAAD                * 2015-2019       40      4
Amirulhadi ZAINAL           * 2007-2017       40      7
James WONG                    1972-1981       40     23
YAP Wai Loon                  1991-1999       39      0
Azamuddin AKIL              * 2012-2017       38      5
CHOW Chee Keong               1966-1981       38      0
NANTHAKUMAR Kaliappan         2002-2007       36      0
Asraruddin Putra OMAR         2008-2014       35      0
Fadzli SAARI                  2002-2007       35      3
Rusdi SUPARMAN                1996-2001       35     18
Syamsuri MUSTAFA              2002-2009       34      0
Fakri SAARANI               * 2009-2016       34      2
LEE Kin Hong                  1987-1993       33      0
Khyril MUHYM                * 2007-2013       33      5
Ahmad Hazwan BAKRI          * 2012-2019       32      7
Amar ROHIDAN                  2009-2012       32      0
Eddy Helmi MANAN              2002-2007       31      3
GUNALAN Karupiah              1986-1996       30      0
Abdul Ghani MALIK             1995-2001       30      1
Hassan SANI                   1977-1984       30     14
Muslim AHMAD                * 2009-2015       29      0
Matthew Thomas DAVIES       * 2015-2019       29      0
Irwan Fadzli ID               2001-2009       29      1
Hardi JAAFAR                  2006-2009       29      3
Azmin Azram AZIZ              1998-2004       28      0
Wan Zack HAIKAL             * 2012-2018       28      4
Idris Abdul KARIM             1995-2005       28      1
Zami Mohamad NO               1995-2000       28      1
Muhammad Safawi RASID       * 2016-2019       27     10
Muhammad Zubir AZMI         * 2011-2015       26      0.1

______________________________________________

Selasa, 11 Mei 2021

Amri Yahyah dedah rahsia 'otai masih berbisa'

Oleh Muzaffar Musa 11 Mei 2021 405



Amri Yahyah dedah rahsia 'otai masih berbisa'

Pada usia yang mencecah 40 tahun, bekas penyerang kebangsaan, Amri Yahyah, masih produktif dalam liga tempatan dengan penyudah-penyudah menariknya bersama Sabah FC musim ini.

Pemain yang dianggap legenda dalam arena bola sepak tempatan itu, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, mendedahkan rahsianya untuk bertahan lama.

Ketika ditanya mengenai rahsianya itu, Amri berkata: "Rahsianya adalah sembahyang lima waktu. Selain itu, jaga pemakanan dan dengar cakap jurulatih. Jika jurulatih cakap duduk, duduk sahajalah, jangan berdiri pula.

"Kalau jurulatih beri 20 minit untuk bermain, mainlah betul-betul dan bukannya main-main.

"Dalam usia 40 tahun ini memang ramai yang mempertikaikan kemampuan saya untuk berlari dan sebagainya tetapi saya mahu membuktikan sesuatu agar semua orang dapat mencontohi apa yang saya buat dan supaya mereka tidak menunggu sehingga berumur seperti saya ini baru hendak 'meletup'.

"Memang bukan semua orang dapat bermain macam saya pada umur macam saya," katanya.1

_________________________________

Isnin, 10 Mei 2021

Mohd Amri Yahyah antara tiga pemain yang ikut team Sabah FC ini kali

February 19, 2021 - by Bernama



Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) mengesahkan tiga pemain bakal menyertai kelab di bawah naungannya iaitu Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Sabah FA menerusi kenyataan di laman rasmi Facebooknya malam ini memaklumkan mereka ialah pemain kebangsaan Indonesia Saddil Ramdani, bekas pemain kebangsaan Malaysia berpengalaman Mohd Amri Yahyah dan bekas pemain bawah 23 Malaysia N.Thanabalan.

Kenyataan itu menyebut Saddil, 22, seorang pemain sayap menyertai skuad The Rhinos daripada Bhayangkara Solo FC di Indonesia pada musim lepas dan pernah bermain untuk pasukan Pahang pada saingan liga negara ini musim 2019.

Saddil, yang telah memperoleh sembilan caps ketika dengan skuad kebangsaan Indonesia, dalam kenyataan sama menegaskan fokus beliau ketika ini ialah untuk memajukan diri bersama Sabah FC dan menjaga keluarganya.

Kenyataan itu juga menyebut nama Mohd Amri, seorang pemain yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak Malaysia serta pernah bermain untuk beberapa pasukan iaitu Selangor, Johor Darul Ta’zim, Melaka United dan Sarawak United.

Katanya penyertaan penyerang berpengalaman seperti Mohd Amri, yang memiliki 64 caps dan menjaringkan 13 gol buat pasukan kebangsaan Malaysia, membolehkan Sabah FC menerapkan serangan serta corak permainan lebih tersusun pada saingan Liga Super musim ini.

Usia yang telah mencecah 40 tahun hanyalah angka buat beliau, (Stadium) Likas pula bukanlah asing buat beliau. Untuk rekod, kali terakhir Amri Yahyah beraksi di Likas ialah ketika Selangor tewas 2-1 di tangan Sabah dalam kancah Piala Malaysia 2018,” menurut kenyataan Sabah FA itu.

Thanabalan, 26, pula adalah seorang lagi pemain sayap yang cukup dikenali dengan prestasi mantap beliau ketika bersama skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan Malaysia sepanjang 2015 hingga 2018.

Beliau sebelum ini pernah menabur bakti bersama pasukan kelahirannya Negeri Sembilan sebelum menyertai Kedah dan beraksi bersama Perak II pada musim lepas.

Semoga dengan kehadiran Thanabalan akan memberikan lebih banyak pilihan buat (Ketua Jurulatih) Kurniawan Dwi Yulianto di bahagian sayap Sabah FC di samping boleh bertindak sebagai pemain tengah menyerang,” menurut kenyataan itu.1

1https://beritasabah.com/mohd-amri-yahyah-antara-tiga-pemain-yang-ikut-team-sabah-fc-ini-kali/

Sabtu, 8 Mei 2021

Wak Am jelmaan Ibrahimovic



AMRI Yahyah meraikan jaringannya ketika membantu Sabah mengalahkan Melaka United 3-1 dalam aksi Liga Super, Rabu lalu. - IHSAN SABAH FC

Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

8 Mei 2021, 10:00 am

PETALING JAYA: Prestasi luar bisa yang dipamerkan Amri Yahyah dalam tiga perlawanan terakhir dengan meledak empat gol dalam ketiga-tiga aksi berkenaan, menyaksikan namanya menjadi ‘buah mulut’ peminat bola sepak tempatan.

Lebih dikenali dengan panggilan Wak Am, Amri membuktikan usia bukan penghalang untuk seseorang pemain mempamer aksi terbaik, apatah lagi bermain dalam liga utama.

Begitupun paling mencuri tumpuan apabila ada dalam kalangan peminat membandingkan dia sebagai jelmaan Zlatan Ibrahimovic, terutama selepas meledak dua gol ketika membantu Sabah menewaskan Melaka United 3-1, Rabu lalu.

Wak Am ni nak jadi jelmaan Zlatan ka,” tulis Ibnuyusof dalam Twitter.

Dah macam Zlatan. Lepas ni bina otot sikit wak am,” kata Nasrullah.

Amrimovid,” ujar Ridwan.arj.

Amri yang telah berusia 40 membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk seseorang pemain itu menyerlah di atas padang apabila meledak gol-gol menarik dan ada juga dalam kalangan peminat meminta pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mempertimbangkan untuk memanggil Amri menyertai skuad negara.

Amri ni penghasil jaringan-jaringan di luar jangkaan,” tulis Bobbyfahmi.

Ingat lagi masa Malaysia lawan Manchester United wak am jaring gol voli dari jauh hari ini terubat rindu nak tengok gol macam itu,” ujar Manhakim.

Jurulatih Cheng Hoe kena ambil dia untuk latihan pusat seterusnya. Kalau ikut prestasi semasa, ini satu-satunya penyerang tempatan yang berada dalam prestasi terbaik. Abaikan umur, pengalaman itu kena bawa untuk bimbing pemain muda,” kata Amirulrazin.

Sementara itu, bekas pemain Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dalam satu kapsyen gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya Ratu_amri berkata: “Memang benar sabar itu indah. Alhamdullillah syukur, rezeki Ramadan.”1

Khamis, 6 Mei 2021

Dah tua masih 'power'

Juwan Riduan

am@hmetro.com.my



AMRI menjaringkan gol ketiga skuad Badak. FOTO Mohd Adam Arinin

Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Sabah Football Club (FC), Kurniawan Dwi Yulianto akui kehadiran Mohd Amri Yahya ke dalam skuadnya musim ini memberi impak namun menegaskan pemain itu bukanlah satu-satunya sandaran pasukan.

Katanya, bekas pemain kebangsaan itu seorang yang sangat efektif walaupun mungkin beliau tidak dapat beraksi selama 90 minit seperti beberapa tahun lalu.

"Ya memang Amri seorang pemain yang berpengalaman dan sangat efektif walaupun sudah berusia 40 tahun, setiap kali sebelum perlawanan saya sentiasa memberitahu dia supaya memberikan persembahan 100 peratus selama yang boleh di atas padang, sama ada 30 minit, 40 minit.

"Memang kita tidak boleh bohong mengenai usianya (Amri) tetapi dia masih mampu memberikan impak yang besar dan itulah yang memberikan kelebihan kepada pasukan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan bertemu Melaka United, di Stadium Likas, di sini, semalam.

Amri sebelum ini menjaringkan gol dalam tiga aksi berturut-turut termasuk dua ketika skuad Badak membenam Melaka United 3-1, malam tadi.

Selain dua jaringan Amri masing-masing di babak pertama dan kedua perlawanan, satu lagi gol Sabah FC dijaringkan Mohd Azzizan Nordin manakala gol tunggal Melaka United dijaringkan Mohd Fakhrullah Rosli.

Sementara itu, Kurniawan memuji aksi luar biasa yang ditunjukkan anak didiknya, semalam, sehingga membolehkan mereka mencatat kemenangan seterusnya mengutip mata penuh.

Bagaimanapun, katanya, masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutama apabila mereka melayan kunjungan Kedah Darul Aman (KDA), Sabtu ini.

"Masih ada 'kerja rumah' yang perlu dibuat terutama apabila kita telah mendahului, pemain mula memperlahankan rentak permainan sehingga memberi peluang kepada Melaka United memberi tekanan dan menghasilkan gol.

"Apapun saya memuji kesungguhan para pemain, mereka sekali lagi mempamerkan aksi luar biasa, mereka berjaya memberi tekanan kepada Melaka United dengan dua gol awal walaupun kita tahu pasukan pelawat bukanlah lawan yang mudah," katanya.

Dengan kemenangan semalam, Sabah FC kini berada di kedudukan ketujuh liga dengan 16 mata hasil daripada empat kemenangan, empat seri dan empat kali kalah.

Sabah FC sekali lagi bakal beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan seterusnya bertemu KDA, Sabtu ini.Disiarkan pada: Mei 6, 2021 @ 11:45am.1