ARKIB : 19/07/2009
Ferguson kagum persembahan
anak-anak buah Rajagobal
Mohd Amri Yahyah, cuba merampas
bola dari pemain Manchester United, Anderson, pada Perlawanan Persahabatan
Malaysia lawan Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR - Alex Ferguson
kagum dengan corak permainan pantas pemain kebangsaan sehingga hampir mengikat
pasukannya Manchester United pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional
Bukit Jalil, semalam.
Menurut Ferguson, para pemain
Malaysia beraksi secara terbuka dan penuh bertenaga walaupun ketinggalan 0-2.
Malaysia tewas 2-3 kepada United
yang menyenaraikan pemain bertaraf bintang.
''Peningkatan atau perubahan
ketara pasukan Malaysia ialah di babak kedua. Mereka beraksi dengan penuh
tumpuan.
"Keputusan ini menunjukkan
pasukan ini mempunyai kemampuan. Mereka mempunyai kelebihan iaitu mampu beraksi
dengan pantas.
"Tidak mudah berputus asa
sehingga berjaya mencuri gol pada masa kecederaan," katanya pada sidang
akhbar, semalam.
Amri Yahyah merupakan hero
pasukan kebangsaan apabila menjaringkan dua gol menarik.
Walaupun kalah, Amri Yahyah
muncul wira pasukan kebangsaan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-45
dan ke-61.
Sebelum itu United membayangkan
satu lagi pesta gol apabila mendahulu 2-0 menerusi jaringan Wayne Rooney pada
minit ke-8 dan Nani pada minit ke-27.
Kedudukan tersebut bertahan
sehingga minit ke-84 apabila Micheal Owen, yang dimasukkan pada babak kedua
menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84.
Ferguson turut memuji semangat
melawan para pemain negara walaupun ketinggalan.
"Para pemain Malaysia
mempamer keazaman, semangat juang yang tinggi. Mereka juga mampu menguasai
perlawanan terutama di babak kedua. Namun, para pemain kami memiliki kelebihan
kerana mempunyai pemain berpengalaman yang mampu menangani keadaan terutama
Michael Owen.
"Walau apa pun saya gembira
dengan keputusan perlawanan Jelajah Asia ini," katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz5Y3GrZ232
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan