SUKAN»Bola
Sabtu, 10 Jun 2017 | 9:20pm
Amri Yahyah turut terima cincin khas JDT
AMRI Yahyah menerima cincin khas daripada Tunku Mahkota
Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, penaung Kelab Bola sepak Johor Darul
Ta'zim. - Foto Facebook Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT),
Amri Yahyah turut menerima cincin khas Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim
sempena membantu kejayaan pasukan menjuarai liga buat kali ketiga
berturut-turut, musim ini.
Cincin penghargaan itu diserahkan kepada Amri yang kini
beraksi untuk Selangor ketika pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Sultan Ibrahim, di Hotel Thistle, Johor Bahru, Johor.
Berdasarkan kenyataan disiarkan dalam laman web rasmi
Facebook Johor Southern Tigers hari ini, kelab itu mengucapkan terima kasih
atas jasa dan bakti semua pemain kepada kelab selama ini.
Selepas meninggalkan JDT, Amri pernah menyarung jersi
pasukan Melaka United (MU) hampir semusim sebelum kembali ke skuad The Red
Giants ketika jendela perpindahan pemain akan ditutup esok.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 10 Jun 2017 | 9:20pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan