Oleh Mohamad
Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
PEMAIN Harimau
Malaysia, Amri Yahya (dua dari kiri) meraikan gol jaringannya bersama rakan
sepasukan pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Papua New Guinea
di Stadium Shah Alam, hari ini. - Foto Osman Adnan
SHAH ALAM:
Harimau Malaysia mendapat suntikan semangat terbaik menjelang saingan Piala AFF
Suzuki selepas meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Papua New Guinea pada aksi
persahabatan di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Kemenangan itu
bukan sahaja memberi motivasi buat pemain, malah Harimau Malaysia juga berjaya
membalas dendam selepas tewas kepada pasukan sama pada siri jelajah Oceania,
Jun lalu.
Pada
perlawanan itu, kealpaan benteng pertahanan Harimau Malaysia menyaksikan mereka
dikejutkan dengan jaringan pembukaan Papua New Guinea menerusi Nagel Dabinyaba
seawal minit keenam.
PEMAIN Harimau
Malaysia, Ahmad Hazwan Bakri (kanan) melakukan rembatan kencang untuk gol
pertama negara pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Papua New
Guinea di Stadium Shah Alam, hari ini. - Foto Osman Adnan
Tersentak
dengan jaringan itu, anak didik Datuk Ong Kim Swee menggandakan asakan untuk
memburu gol penyaman dan usaha mereka berhasil apabila rembatan kencang Ahmad
Hazwan Bakri di dalam kotak penalti pada minit ke-20 gagal diselamatkan penjaga
gol, Ronald Warisan.
Tommy Semmy
hampir meletakkan Papua New Guinea di depan pada minit ke-36, namun
percubaannya tidak menepati sasaran ketika penjaga gol Harimau Malaysia,
Khairul Azhan Khalid sudah pun terjatuh.
Hanya dua
minit bersambung babak kedua, Harimau Malaysia dihadiahkan sepakan penalti
selepas Darren Lok dijatuhkan Alwin Komolong.
Peluang itu
digunakan sepenuhnya Kapten Amri Yahyah untuk skuad Kim Swee mendahului 2-1.
Hujan lebat
pada 20 minit terakhir perlawanan tampak menjejaskan persembahan kedua-dua
pasukan dan keputusan 2-1 memihak Harimau Malaysia kekal hingga wisel penamat..[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan