Rabu, 13 November 2019

MENGAPA JOHOR JDT SERI 2-2 DENGAN LIONSXII

OLEH AHMAD YAAKOB
 Bandar Tun Abdul Razak Jengka- Pasukan bolasepak Johor JDT merupakan pasukan yang berbelanja besar dengan membeli pemain impot seperti Baihakki Khaizan (Singapore), Hariss Harun (Singapore), Luciano Figueroa (Argentina), Pablo Aimar (Argentina). Johor JDT juga membeli pemain-pemain utama dari Kelantan seperti Azizi Matt Rose, S. Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nazrin Nawi Negeri Sembilan, Mohd Irfan Fazail, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Fadhli Mohd Shas Harimau Muda A, Asraruddin Putra Omar, Mohd Amri Yahya, Norazlan Razali dari Selangor dan Mohd Amirulhadi Zainal dari Pahang. Tetapi mengapa pasukan yang kaya dengan pemain berpengalaman ini masih gagal mencatat keputusan yang baik dalam Liga Super Malaysia 2014.
 SAFIQ RAHIM
PABLO AIMAR

       Berdasarkan analisa perlawanan separuh masa pertama Johor JDT lebih banyak menguasai perlawanan kerana Pablo Aimar, Safiq Rahim dan Mohd Shakir Shaari berjaya menguasai bahagian tengah dengan baik. Pengulas Sukan ASTRO ARENA Nazzab Hizan memuji corak permainan Safiq Rahim yang dilihat banyak meningkat sebaik sahaja digandingkan dengan Pablo Aimar. Sedangkan pada tahun lepas Safiq lebih banyak memanaskan bangku pemain simpanan. Tetapi selepas Pablo Aimar dan Safiq Rahim dikeluarkan penguasaan Johor JDT di bahagian tengah mula longgar. Pemain yang dimasukkan pada separuh masa kedua seperti Mohd Amirulhadi Zainal, Hariss Harun dan Norsahrul Idlan Talaha gagal berfungsi dengan baik.
       Pemain pertahanan JDT, Baihakki Khaizan berkata, skuad Harimau Selatan tidak bernasib baik dalam beberapa situasi dan ditambah pula semangat juang pasukan pelawat yang cukup tinggi."Kami sudah memperoleh dua gol, namun apa yang berlaku itu adalah bola sepak. Saya kenal pasukan (Lions XII) dan mereka bukan mudah untuk menyerah kalah, itulah sikap mereka."Saya harap kami dapat bangkit bagi mengharungi perlawanan akan datang," katanya.
       Pada masa sama, bekas pemain Lions XII itu berharap pasukan JDT akan mempamer aksi terbaik ketika bertemu T-Team pada pusingan kedua Piala FA di sini Sabtu ini, sekali gus mencatatkan kemenangan."Keputusan seri itu diharap tidak melemahkan semangat pasukan kerana kami sudah memberi yang terbaik."Kami masih banyak perlawanan yang perlu ditempuhi, terus berfikiran positif, tidak perlu tunjuk siapa betul dan siapa salah kerana kita semua sudah cukup matang untuk terima segala keputusan," katanya.Sementara itu, Amri Yahyah turut menyifatkan pasukannya tiada nasib dalam perlawanan kelmarin.[1]
       Bekas pemain Selangor itu berharap pasukannya melupakan kekecewaan itu untuk memberi tumpuan kepada perlawanan seterusnya."Semua pemain sudah memberikan yang terbaik, bukan hanya dalam perlawanan menentang Lions XII, tetapi dalam setiap perlawanan yang ditempuhi. Kini tumpuan perlu diberi kepada Piala FA kerana kami mahu melangkah ke peringkat seterusnya," katanya.[2]

       Faktor kemerosotan Johor JDT seterusnya ialah keberkesanan Safuwan Baharuddin naik ke atas dan serangan balas pantas serta "set piece" yang menjadi membantu kebangkitan Lions XII.  Kecederaan Ketua Pasukan Johor JDT, Aidil Zafuan pada minit ke-85 telah melemahkan lagi pertahanan Johor JDT. Walaubagaimanapun, perjalanan Liga Super masih panjang, saya yakin Johor JDT akan muncul sebagai juara Liga Super nanti. Cuma saya harap Jurulatih Johor JDT dapat menurunkan pemain kebangsaan seperti Safee Sali, Mat Yo, Asrarudin Putra dan pemain Harimau Muda seperti Izham Tarmizi, Fadhli Shas dan Irfan Fazail untuk kepentingan sekuad kebangsaan dan Skuad Sukan Asia.
         
BARISAN PEMAIN JOHOR
01  NORAZLAN RAZALI
07  AIDIL ZAFUAN RAZAK (C)
08  SAFIQ RAHIM
10  PABLO AIMAR
12  NURUL AZWAN ROYA
16  SHAKIR SHAARI
17  AMRI YAHYA
18  MAHALI JASULI
19  LUCIANO FIGUROA -
05  BAIHAKKI KHAIZAN
33  FAZLY MAZLAN
13  AMIRUL HADI ZAINAL
09  NORSAHRUL IDLAN TALAHA
14  HARIS HARUN

BARISAN PEMAIN LIONSXII FC
01  IZWAN  MAHBUD
02  SHAKIR HAMZAH
03  AFIQ YUNUS
04  ISA HALIM (C)
08  HAFIZ SUJAD
09  FARITZ HAMEED
15  SUFIAN ANUAR
17  FARIS RAMLI
19  KHAIRUL AMRI KAMAL
21  SAFUWAN BAHARUDIN
23  ZULFAHMI ARIFIN




[1] Utusan Malaysia 30 Januari 2014
[2] ibid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan