Jumaat, 6 Disember 2019

Cabaran Harimau


MyMetroNode
 
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

Kelana Jaya: Hasrat Tengku Abdullah Sultan Ahmad untuk berundur daripada menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya Harimau Malaya gagal layak ke Piala Asia 2019 perlu dianggap sebagai cabaran kepada jurulatih dan pemain skuad negara.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, kenyataan yang disuarakan Tengku Abdullah menggambarkan beliau sememangnya serius membawa skuad negara ke kejohanan terbesar Asia itu.

“Walaupun ia (meletak jawatan) adalah hak Presiden, ia perlu dilihat sebagai satu cabaran kepada pasukan untuk kembali bangkit,” katanya.

Katanya FAM sudah memberikan ruang dan persiapan terbaik kepada skuad kendalian Dollah Salleh untuk menghadapi dua perlawanan awal kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste dan Palestin.

“FAM sudah memberikan tempoh sebulan untuk persiapan skuad negara. Jika ada pegawai pasukan atau pemain yang mendakwa ia tidak mencukupi, sila maklumkan kepada saya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 8:13 AM


Tiada ulasan:

Catat Ulasan