MyMetroNode
Daripada Aziman Rosdi di Amman
dan Jordan
aziman@hmetro.com.my
Peluang Harimau Malaya untuk
mengintai tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2019 semakin kelam selepas tewas
0-6 dengan Palestin dalam aksi kelayakan Kumpulan A di Stadium Antarabangsa
Amman malam tadi.
Selepas peluang Malaysia untuk
layak ke Piala Dunia 2018 sudah tertutup, kekalahan keempat dalam enam
perlawanan kempen kelayakan itu meletakkan skuad kendalian jurulatih sementara
Datuk Ong Kim Swee kekal di tangga keempat dengan empat mata manakala Palestin
terus mencabar pendahulu Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila
mengumpul sembilan mata.
Ini kali kedua Harimau Malaya
tumpas kepada Palestin selepas dimalukan dengan kekalahan 0-6 di Stadium
Nasional Bukit Jalil 16 Jun lalu ketika di bawah bimbingan Dollah Salleh.
Tanpa beberapa tonggak utama
seperti penyerang Mohd Safee Sali, Baddrol Bakhtiar dan Azamuddin Akil,
pengendali sementara Kim Swee terpaksa melakukan rombakan dalam kesebelasan
utama.
Pemain tengah Shahrul Saad yang
diturunkan buat kali pertama dalam skuad utama Harimau Malaya beraksi baik
dengan menyelamatkan percubaan Palestin Ashraf Alfawaghra di atas garisan gol
pada minit ke-19.
Selepas lebih setengah jam beraksi,
benteng pertahanan negara mula rapuh apabila melepaskan dua gol dalam tempoh
dua minit bermula dengan jaringan Jonathan Zorilla pada minit ke-36 sebelum
Ahmed Abunahia menjadikan kedudukan 2-0.
Gawang negara yang dikawal
Khairul Fahmi Che Mat bolos lagi pada minit ke-45 selepas Ahmed Abunahia
memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti.
Dalam aksi cuaca sejuk dengan
suhu 12 darjah selsius, Malaysia cuba bangkit pada separuh masa kedua namun
percubaan penyerang Mohd Amri Yahyah berjaya diselamatkan penjaga gol Tawfiq
Abuhammad.
Bagaimanapun skuad Lions of
Canaan berjaya menambah gol keempat hasil percubaan Ahmed Abunahia yang turut
melengkapkan hatrik pada minit ke-59 sebelum penyerang gantian Tamer Seyam
menambah derita pasukan pelawat dengan gol di minit ke-88.
Pemain tengah Jaka Hbaisha
melengkapkan kemenangan 6-0 Palestin dengan rembatan deras di minit ke-92.
Harimau Malaya akan meneruskan
saingan peringkat kumpulan menentang UAE di Stadium Shah Alam 17 November ini
sebelum aksi terakhir dengan Arab Saudi pada Mac tahun depan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 13 November 2015 @ 12:14 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan