KAPTEN pasukan, Amri Yahyah. -
Foto Osman Adnan MELAKA: Melaka United tidak melihat Mohd Amri Yahyah sebagai
'kuda tua' sebaliknya ibarat 'kuda gagah berani' kerana mampu mengekalkan
prestasi mantap di sebalik usianya semakin meningkat. Pengurus pasukan Melaka
United, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata di sebalik usia 35 tahun, kapten
Harimau Malaysia itu mempunyai prestasi yang lebih baik daripada ramai pemain
muda lain.
Katanya, dia akan memberi
sengat kepada jentera serangan pasukan itu untuk bersaing dalam Liga Super
musim depan. "Selain itu, kehadiran Amri juga akan memanfaatkan usaha
Melaka United membangunkan pemain muda, yang mana pemain muda kami akan dapat
menimba ilmu daripada pengalaman luas beliau.
"Melaka United
mengalu-alukan kedatangan beliau kerana kami baru naik ke Liga Super. Oleh itu
kedatangan beliau akan banyak membantu Melaka United," katanya menerusi
kenyataan di sini hari ini. Semalam sebuah akhbar tabloid melaporkan Melaka
United bakal menjadi destinasi untuk 'kuda tua', yang merujuk kepada Mohd Amri,
bagi saingan musim depan.
Dilaporkan sebelum ini
kedua-dua pihak, iaitu Melaka United dan Mohd Amri, telah mencapai kata sepakat
untuk bekas penyerang Johor Darul Ta'zim itu menyertai skuad Sang Kancil dan
difahamkan sumber-Mohd Amri akan menandatangani kontrak esok. - BERNAMA
Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/224144
Tiada ulasan:
Catat Ulasan