NURSURAYA ZULKIFLI | 10
Disember 2016 3:56 PM
Amri Yahyah
Pemain Kebangsaan, Mohd Amri
Yahyah (depan) menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaysia. - UTUSAN
ONLINE/Abdul Razak Latif
MELAKA 11 Dis. - Kapten pasukan
kebangsaan, Amri Yahyah hampir pasti menyertai Melaka United bagi
memperkukuhkan pasukan itu dalam mengharungi saingan Liga Super musim depan.
Perkara itu disahkan oleh
Pengurus pasukan, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi yang berkata, penyerang Johor Darul
Ta'zim (Johor DT) itu dijangka bersama skuad Sang Kancil selepas wujud
perbincangan antara kedua-dua pihak baru-baru ini.
Menurutnya, sebelum ini
Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) terpaksa melupakan hasrat untuk
mendapatkan khidmat pemain berstatus bintang itu berikutan kekangan dana oleh persatuan
terbabit.
"Namun melalui
perbincangan dengan beberapa penaja, mereka telah menyatakan persetujuan untuk
menampung separuh daripada pembayaran gaji Amri sekiranya beliau bermain dengan
Melaka United.
"Perkara ini masih dalam
perbincangan dan keputusan mengenainya akan diketahui minggu depan apabila kita
memuktamadkannya nanti," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi. -
UTUSAN ONLINE
SUMBER- See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/terkini/amri-yahyah-dalam-radar-mu-1.418503#sthash.mCvW89IH.dpuf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan