Sabtu, 18 Mac 2017

Terengganu tersungkur lagi


 

ARKIB : 08/07/2001 
PEMAIN Terengganu, Wan Rohaimi Ismail cuba membuat sepakan gunting sambil diasak oleh pertahanan Kelantan, Rosmaini Ismail (no.3) dan Mohd. Saiful Nizam Hussin (no.14) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam. - Gambar ABD. RAHMAN SALEH..

Sementara itu penyandang juara, Selangor mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Pahang dalam bola sepak Liga Perdana Satu di Stadium Darul Makmur, semalam.

Pahang nampak bersemangat bermain di tempat sendiri apabila mendahului pada minit ke-55 menerusi jaringan Iskandar Zulkarnain.

Tetapi, jaringan itu sekadar meningkatkan semangat juang Selangor yang membalas dengan empat gol menerusi Nizaruddin Yusof pada minit ke-58, Bahtiar Othman (74), Mohd. Nizam Jamil (82) dan pemain gantian, Mohd. Amri Yahya (89).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan