Isnin, 29 Mei 2017

Selangor ubah formasi untuk Amri dan Andik



Khamis, 25 Mei 2017 @ 6:44 PM
Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my
 
JURULATIH Selangor, P. Maniam. - Foto Luqman Hakim zubir KUALA LUMPUR: Selangor sedia 'mengorbankan' formasi 3-4-3 yang menjadi kegemaran mereka musim ini bagi menyerlahkan potensi dua pemain menyerang mereka, Amri Yahyah dan juga Andik Vermansyah.

      Pengendali The Red Giants, P Maniam mengakui dua pemain terbabit yang diturunkan pada aksi bertemu Pahang dilihat tidak begitu efektif dalam formasi itu sekali gus menyebabkan dia perlu merombak formasi yang sesuai bagi menghasilkan keputusan yang lebih positif selepas ini.

      "Saya berpuas hati dengan sumbangan dua pemain itu namun jelas mereka bergelut dengan formasi yang sudah kita terapkan daripada awal musim ini. Untuk itu, mereka perlu bekerja keras untuk segera menyesuaikan diri dengan formasi utama ini. "Bagaimanapun, kehadiran mereka memberikan saya lebih pilihan untuk menggunakan formasi yang berbeza.

      Mereka berdua memiliki kelebihan beraksi di bahagian sayap jadi mungkin saya boleh menerapkan sistem 4-2-3-1 atau 4-4-2 bergantung kepada kesesuaian dan perlawanan yang dihadapi. "Dengan tempoh rehat sebulan ini, saya yakin mereka dapat menyesuaikan diri dan sedikit perubahan akan dilakukan untuk kita kembali meraih keputusan positif selepas rehat nanti," katanya pada sidang media di sini.

Pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang itu, juara Piala Malaysia 2015 itu menerima kekalahan keempat dalam liga musim ini oleh skuad Tok Gajah apabila tumbang 2-0 hasil jaringan lewat permainan oleh penyerang import Brazil, Matheus Alves. Mengulas lanjut kad merah yang dilayangkan kepada pemain tengahnya, Abdul Halim Zainal sehingga merencatkan semangat Selangor untuk bangkit, Maniam dilihat tidak bersetuju dengan keputusan itu namun menerima keputusan yang sudah dibuat oleh pengadil perlawanan.

"Saya lihat kesalahan itu sepatutnya dihukum dengan layangan kad kuning. Ia bukanlah satu terjahan yang keras dan kad kuning sudah memadai. "Tetapi pengadil sudah membuat keputusan dan kita perlu menerima keputusan itu. Namun ia bukanlah alasan untuk kita kerana kita juga gagal memperagakan aksi yang terbaik," katanya.

SUMBERSelanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/286464

Jumaat, 26 Mei 2017

Andik belum cergas, Amri bergelut



Mohamad Fazrul Abdul Majid
26 Mei 2017
Andik belum cergas, Amri bergelut  
       Andik belum cergas, Amri bergelut
Andik (kanan) beraksi di bawah keupayaan sebenar ketika aksi menentang Pahang di Selayang, kelmarin.

PENGENDALI Selangor, P Maniam mengakui kepulangan semula Andik Vermansyah dan Amri Yahyah belum dapat memberi impak positif kepada The Red Giants.

Menurut Maniam, kedua-dua pemain tersebut masih gagal membentuk persefahaman tinggi bersama rakan sepasukan ketika aksi Liga Super menentang Pahang di Selayang, kelmarin.

Pada pertemuan itu, Selangor tewas dengan keputusan 0-2.

"Boleh saya katakan Andik secara fizikal masih belum cukup cergas selepas berehat panjang akibat kecederaan sebelum ini.

"Amri juga masih belum ada keserasian dengan yang lain, tapi saya percaya kedua-dua pemain ini sudah beri yang terbaik.

"Cuma, mereka perlu cepat menyesuaikan diri dengan pasukan dan mencipta persefahaman dengan pemain-pemain lain," katanya.

Maniam bagaimanapun percaya cuti rehat selama sebulan selepas ini menjadi ruang buat dua pemain tersebut memperbaiki segala kelemahan yang ada
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 26 Mei 2017

Rabu, 24 Mei 2017

'Awas kelibat Wak Am, Andik'



Kuala Lumpur: Kelibat Amri Yahyah dan Andik Vermansyah perlu diberi perhatian Pahang apabila bertemu Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Pemain tengah Pahang Syamim Yahya berkata, kehadiran semula dua pemain itu sudah pasti membuatkan Gergasi Merah lebih garang.

“Saya yakin kemasukan Amri dan Andik akan membawa impak positif kepada Selangor. Oleh itu, kami perlu lebih berwaspada apabila berdepan mereka.

“Pertembungan kali ini pasti berbeza berbanding perlawanan pusingan pertama di Kuantan dulu. Oleh itu, kami perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kemenangan,” katanya.

Menurut Syamim, tiga mata menjadi sasaran Pahang sekalipun bermain di gelanggang lawan demi memastikan mereka terus berada dalam perlumbaan merebut gelaran juara Liga Super bersama Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Kedah serta beberapa pasukan lain.

“Andainya kami gagal mengutip tiga mata pada perlawanan menentang Selangor, sudah pasti kami sukar mengejar Johor DT. Malah, kami akan dipintas Kedah jika mereka menang, esok.

“Begitu juga Selangor dan Perak yang kini hanya dipisahkan empat mata dengan kami. Jadi, sudah pasti misi kami adalah mengalahkan Selangor walaupun sukar,” ujarnya.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 3:48 AM

Khamis, 18 Mei 2017

Amri Yahyah kembali ke Selangor




Amri Yahyah
Amri Yahyah           
Nursuraya Zulkifli

17 Mei 2017 1:42 PM
  MELAKA 17 Mei - Penyerang berpengalaman, Mohd. Amri Yahyah akan kembali menyarung jersi negeri kelahirannya, pada pintu perpindahan pemain yang dibuka bulan ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusof Mahadi yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan itu dibuat selepas rundingan bersama mencapai kata sepakat.

Beliau berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada kapten kebangsaan itu mengenai perpindahannya ke Red Giants sejak semalam.

"Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah menghantar surat permohonan untuk mendapatkan khidmat Amri dan atas semangat persahabatan antara kedua-dua pihak, kami bersetuju melepaskannya.

"Beliau seorang pemain yang bagus namun terdapat beberapa kekangan kita hadapi membuatkan kita terpaksa walaupun kami berat hati dengan keputusan ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Yusoff berkata, ia juga penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pasukan dalam merencana perjalanan pasukan masing-masing pada baki saingan Liga Malaysia musim ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/amri-yahyah-kembali-ke-selangor-1.482532#ixzz4hQyzMnew
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 6 Mei 2017

Amri terima padah

ARKIB : 13/01/2005

AMRI Yahyah (tengah) ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukan Ivan Yusoff sebelum saingan separuh akhir pertama Piala Tiger 2004 di Jakarta baru-baru ini. Amri terlepas peluang untuk mewakili negara menentang Myanmar bagi perebutan tempat ketiga piala tersebut selepas dia digantung enam permainan kerana meludah pemain Kuwait dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia pada 17 November tahun lalu.

PENYERANG kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah terpaksa melupakan hasratnya untuk terus menggalas cabaran dalam dua misi di Sukan Perpaduan Islam di Arab Saudi dari 8 hingga 20 April dan temasya Sukan SEA di Manila, November ini. Nama Amri terpaksa disisihkan oleh jurulatih kebangsaan, Bertalan Bicskei untuk dua misi tersebut selepas penyerang Selangor itu dihukum penggantungan sebanyak enam perlawanan oleh Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), baru-baru ini.
Surat penggantungan pemain itu telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum skuad kebangsaan berangkat ke Singapura bagi menghadapi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Tiger di Stadium Jalan Besar, Sabtu ini.
Jawatankuasa Disiplin FIFA membuat keputusan tersebut setelah mendapati Amri bersalah dalam insiden di mana pemain itu meludah salah seorang pemain Kuwait sewaktu Malaysia tewas 1-6 pada pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Asia Kumpulan 4 pada 17 November lalu.
Ekoran daripada penggantungan tersebut, Amri dijangka diketepikan terus daripada mewakili skuad bola sepak kebangsaan bagi dua misi Sukan Perpaduan Islam dan Sukan SEA di Manila.
Terdahulu, penyerang Selangor itu juga turut digantung daripada beraksi dalam perlawanan menentang Myanmar selepas mengutip kad kuning kedua sewaktu Malaysia tewas 1-3 kepada Indonesia pada saingan separuh akhir kedua Piala Tiger di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lalu.
Jurulatih kebangsaan, Bicskei ketika diminta mengulas mengenai perkara itu mengesahkan Amri digantung enam perlawanan oleh Jawatankuasa Disiplin baru-baru ini.
``Saya diberitahu oleh FAM, Amri digantung enam perlawanan oleh FIFA selepas insiden yang berlaku di Kuwait.
``Keputusan FIFA itu memaksa saya melupakan terus khidmat Amri menjelang persiapan skuad kebangsaan menghadapi Sukan Perpaduan Islam di Arab Saudi dan ada kemungkinan Sukan Sea di Manila.
``Ini bermakna saya mungkin tidak dapat menyenaraikan Amri untuk tempoh setahun dan itu bergantung kepada penyertaan skuad bola sepak kebangsaan pada kejohanan lain tahun ini,'' ujar Bicskei ketika ditemui sebelum berlepas ke Singapura semalam.
Jurulatih dari Hungary itu mengakui ketiadaan Amri menjelang persiapan skuad kebangsaan ke Arab Saudi adalah tamparan hebat.
Sewaktu sesi latihan terakhir skuad kebangsaan di Wisma FAM malam kelmarin, jelas melihat wajah muram Amri apabila Bicskei memaklumkan dia terpaksa digugurkan terus dari skuad kebangsaan ke Arab Saudi.
``Saya sudah nasihatkan Amri supaya dia terus gigih berlatih dengan Selangor dan saya memberi jaminan tempatnya masih ada.
``Itu pun sesudah dia menjalani penggantungan enam perlawanan yang diputuskan oleh FIFA,'' kata Bicskei.
Jurulatih dari Hungary itu menganggap nasib malangnya berterusan setiap kali menghadapi satu-satu kejohanan seorang demi seorang kesebelasan utamanya terpaksa disisihkan.
Pada kejohanan Piala Tiger, Bicskei kehilangan Akmal Rizal Rakhli dan V. Saravanan akibat menjalani pembedahan selain Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahayuddin yang ditimpa kecederaan.
Sehubungan itu kata jurulatih itu, beliau akan mendapatkan penyerang lain yang akan dapat digandingkan dengan Muhammad Khalid Jamlus menjelang persiapan menghadapi Sukan Perpaduan Islam