Kuala Lumpur: Kelibat Amri
Yahyah dan Andik Vermansyah perlu diberi perhatian Pahang apabila bertemu
Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam
ini.
Pemain tengah Pahang Syamim
Yahya berkata, kehadiran semula dua pemain itu sudah pasti membuatkan Gergasi
Merah lebih garang.
“Saya yakin kemasukan Amri dan
Andik akan membawa impak positif kepada Selangor. Oleh itu, kami perlu lebih
berwaspada apabila berdepan mereka.
“Pertembungan kali ini pasti
berbeza berbanding perlawanan pusingan pertama di Kuantan dulu. Oleh itu, kami
perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kemenangan,” katanya.
Menurut Syamim, tiga mata
menjadi sasaran Pahang sekalipun bermain di gelanggang lawan demi memastikan
mereka terus berada dalam perlumbaan merebut gelaran juara Liga Super bersama
Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Kedah serta beberapa pasukan lain.
“Andainya kami gagal mengutip
tiga mata pada perlawanan menentang Selangor, sudah pasti kami sukar mengejar
Johor DT. Malah, kami akan dipintas Kedah jika mereka menang, esok.
“Begitu juga Selangor dan Perak
yang kini hanya dipisahkan empat mata dengan kami. Jadi, sudah pasti misi kami
adalah mengalahkan Selangor walaupun sukar,” ujarnya.
sumberArtikel ini disiarkan
pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 3:48 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan