ARKIB : 10/03/2010
KUALA LUMPUR - Selangor
mencerahkan peluang untuk beraksi pada perlawanan separuh akhir setelah
membenam Pos Malaysia 5-1 dalam pertemuan pertama suku akhir Piala FA di
Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.
Pasukan Red Giants membuka pesta
jaringan menerusi pemain berpengalaman Amri Yahyah yang berjaya meledakkan dua
gol pada minit ke-22 dan 27.
Rakan sepasukan, Safee Sali menambah
derita Pos Malaysia apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-41 dan sekali
gus meletakkan Selangor mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.
Sebaik sahaja separuh masa kedua
bermula, giliran Rudie Ramli pula menyumbang gol buat Selangor pada minit ke-69
dan 78 manakala Pos Malaysia memperoleh gol sagu hati menerusi Khairulzal Azmi
pada minit ke-77.
Sementara itu, aksi di Stadium
Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Nizarudin Yusof muncul wira KL Plus apabila
menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-87 bagi memberi kelebihan
tipis 1-0 buat pasukannya menewaskan Negeri Sembilan.
Gerakan satu, dua dengan pemain
gantian, Muhd. Badrul Hisani Abd. Rahman membuahkan hasil apabila Nizarudin
berjaya memperdayakan pertahanan Negeri Sembilan dan memberikan gol kejayaan
buat KL Plus.
Dalam pada itu, perlawanan di
Stadium Darul Aman menyaksikan Kedah terikat 1-1 dengan ATM menerusi jaringan
Khairul Helmi Johari pada minit ke-54 manakala ATM menyamakan kedudukan hasil
sepakan penalti yang disempurnakan oleh V. Saravanan pada minit ke-62.
Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Terengganu pula, T-Team menewaskan pasukan senegeri 3-1.
Jaringan T-Team diperoleh
menerusi Mohd. Haris Safwan (minit ke-9) dan Abdul Hadi Yahya (minit ke-39 dan
59) manakala gol tunggal Terengganu diperoleh melalui Tengku Hasbullah pada
minit ke-90.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz5a2BY25cX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan