Rabu, 20 Disember 2017

Kehebatan Amri semakin membayangi Safee

ARKIB : 16/02/2009
Oleh sayed hesham idris
hesham.idris@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Safee Sali sudah ada pencabar. Saingannya bukanlah pemain penyerang pasukan lawan tetapi daripada rakan sepasukannya di posisi pembantu penyerang, Amri Yahyah.

Dua jaringan Amri ketika membantu Selangor merampas teraju Liga Super selepas menang 3-1 ke atas KL, kelmarin sedikit menenggelamkan status Safee sebagai penyerang digeruni.

Malahan, jurulatih Selangor K. Devan mengakui perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin merupakan 'malam Amri'.

''Amri beraksi begitu baik sehingga membantu Selangor menguasai perlawanan terutama di babak awal.

''Dua jaringannya mengesahkan dia kini berada pada prestasi terbaik.

''Namun ini tidak bermakna dia sudah boleh diletakkan status sebagai pengganti Safee.

''Safee masih penyerang utama dan yang terbaik dalam pasukan ini.

''Cuma dalam perlawanan ini (kelmarin) Safee tidak dapat memberikan aksi terbaik kerana dia baru sahaja pulih daripada demam.

''Sentuhan Safee masih menjadi sandaran utama Selangor kerana dia memiliki pengalaman.

''Kejayaan Amri meraih dua gol dibantu kelebihannya sebagai pembantu penyerang di belakang Safee.

'Posisi itu memudahkan dia bergerak lebih bebas kerana dia tidak dikawal begitu ketat seperti Safee," kata Devan.

Amri menjaringkan dua gol menerusi helah yang hampir serupa pada minit ke-27 dan ke-54 apabila melambungkan bola melepasi penjaga gol Kuala Lumpur Razi Effendi Suhit.

KL PLUS cuba bangkit menerusi jaringan pemain kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah pada minit ke-58.

Namun, rembatan kencang Amirulhadi Zainal pada minit ke-72 menamatkan sisa peluang pasukan tuan rumah.

Tambah Devan, dia berpuas hati apabila strategi untuk memberi tekanan awal pada pasukan tuan rumah menjadi pada 20 minit pertama.

''Asakan kita di awal permainan berhasil dengan jaringan Amri namun selepas itu perlawanan kembali seimbang sebelum kita kembali menguasai babak akhir.

''Apa yang saya harapkan para pemain akan terus mengekalkan prestasi seperti malam ini untuk perlawanan seterusnya," katanya.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz51qRXxIzQ

© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 19 Disember 2017

Surendran, Amri kembali beraksi



ARKIB : 13/02/2009

KUALA LUMPUR - Setelah kerap terlepas tempat dalam kesebelasan utama Selangor sejak awal musim 2009, D. Surendran (gambar) bakal kembali meraihnya apabila menentang KL PLUS di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, esok.

Ini ekoran kad merah yang diterima Nasriq Baharom, Selasa lalu, juga pada hari jadinya, memberikan kelebihan kepada Surendran, 29, pakar sepakan jauh untuk menampung kekurangan itu.

Razman Roslan yang juga bek kanan, mungkin perlu memberi laluan posisi kepada anak jati Klang itu untuk bergandingan dengan Khairul Anuar Baharom selaku tulang belakang utama Selangor yang cuba merampas teraju liga selepas lima perlawanan.

Dua lagi pemain pertahanan simpanan Selangor sekarang tetapi dianggap belum mampu dipertaruhkan ialah Zaiza Zainal Abidin dan Fadzirul Zakaria sementara Asraruddin Putra Omar lebih sebagai bek kiri.

Jasa Nasriq yang mulanya dianggap wira dengan jaringan sulung Selangor, tercemar apabila didapati menyiku seorang pemain Perlis sehingga mereka terpaksa bermain dengan 10 orang pada 20 minit terakhir walaupun menang 2-1 di Stadium Shah Alam.

Jurulatih Selangor, K. Devan ternyata kurang senang dengan tindakan pemain namun menarik nafas lega apabila Singa Utara gagal menyambar kesempatan untuk mencuri mata.

"Saya fikir dia (Nasriq) berhak mendapat kad merah itu tetapi kami memang sukar untuk bertahan dengan kelebihan dua gol dalam tempoh yang agak panjang," katanya yang turut merombak barisan pemain Selangor.

Dalam pada kemelut itu, Devan cukup terpikat dengan kematangan Fazilidin Khalid yang mengambil alih posisi ketua pasukan, Amri Yahyah di bahagian tengah sehingga pemain berusia 24 tahun itu menghasilkan gol kedua dengan rembatan dari jarak lebih 20 meter.

"Dia pemain yang bijak walaupun saya perlu akui Selangor kekurangan selepas ketiadaan Amri," katanya yang kembali lega dapat menggunakan khidmat Amri, anak jati Tanjung Karang itu, esok.

Persaingan Selangor menentang KL PLUS yang diterajui Mat Zan Mat Aris boleh diibaratkan pertemuan derby dan bakal menentukan siapa Raja Lembah Klang apatah lagi kedua-dua pasukan terikat 12 mata bersama-sama pendahulu, Negeri Sembilan serta Kelantan di tangga keempat.

Gergasi Merah cuba dipisahkan dengan Rusa secara perbezaan gol sebagai teraju Liga Super selepas mengharungi empat lagi perlawanan.

Barisan kemungkinan Selangor:

Hamsani Ahmad, P. Gunalan, Khairul Anuar Baharum, Razman Roslan, D. Surendran, Hardi Jaafar, Amri Yahyah, Fareez Asmawi, Amirulhadi Zainal, Safee Sali, R. Surendren

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz51j46iNPB
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 13 Disember 2017

Gergasi Merah mula garang

ARKIB : 18/11/2008
KUALA LUMPUR - Selangor bangkit daripada aksi hambar perlawanan pertama Kejohanan Bola Sepak Pramusim 2008-2009 Sabtu lalu apabila mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas CIMB di Stadium Pusat Latihan BSN, Bangi semalam.

Ternyata anak didik K. Devan bukan lawan sebenar CIMB apabila mempamerkan aksi mendominasi sejak tiupan wisel pertama dibunyikan.

Selangor dilihat begitu bernafsu untuk memburu gol pada perlawanan kedua mereka itu kelmarin dan kebanyakan serangan itu banyak direncanakan oleh ketua pasukan Selangor, Mohd. Amri Yahyah.

Pasukan yang digelar Gergasi Merah memperoleh dua peluang terbaik minit ketujuh, namun percubaan pemain sayap, Sanjos Sundawat berjaya dinafikan oleh penjaga gol CIMB, Izhar Haslam Ismail.

Lima minit selepas itu, Mohd. Amri berjaya menebus kegagalan Sanjos apabila memperoleh gol pertama Selangor menerusi jaringan padang minit ke-12, sebelum D. Surendran menjaring gol kedua Selangor menerusi sepakan bebas pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Selangor terus menggandakan asakan pada separuh masa kedua dan Mohd. Amri sekali lagi berjaya meletakkan nama sebagai penjaring apabila melakukan jaringan cantik dari luar kotak penalti minit ke-70.

Pemain muda harapan Selangor, Mohd. Fitri Shazwan Raduwan membuktikan dirinya bakal menjadi pemain berwibawa apabila beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut dan berjaya menghasilkan gol cantik dengan memperdaya penjaga gol CIMB menerusi sepakan lambung minit ke-88.

Mengulas lanjut mengenai perlawanan tersebut, Devan berkata, dia masih tidak berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan oleh Selangor dan ia sekadar persembahan sederhana.

Namun begitu katanya, dia amat berpuas hati dengan persembahan lima pemain muda yang diturunkan pada perlawanan tersebut, terutamanya pemain sayap kiri Selangor, Mohd. Fitri.

"Perlawanan liga Pramusim 2008-2009 ini merupakan medan terbaik kepada saya untuk mencuba pemain muda dan pemain muda yang diturunkan berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan baik," katanya di sini semalam.

Ditanya mengenai kemungkinan Mohd. Fitri akan diberi tugas utama pada perlawanan Liga Malaysia tahun depan, Devan berkata, pemain muda itu mempunyai bakat besar dan berpotensi menjadi pemain kesayangan peminat setia.

"Mohd. Fitri mempunyai peluang cerah untuk bermain dalam persaingan Liga Malaysia tahun depan jika dia terus berjaya mengekalkan mempamerkan persembahan bertenaga seperti hari ini (semalam)," katanya.

Sementara itu, jurulatih CIMB, Abd. Ghani Long berkata, pasukannya itu masih jauh ketinggalan berbanding Selangor.

Katanya, penyertaan pasukan itu di kejohanan tersebut adalah sekadar persiapan menghadapi kejohanan bola sepak antara syarikat perbankan tahun depan.

"Pasukan bola sepak CIMB tidak meletakkan sebarang matlamat tinggi apabila menyertai kejohanan ini dan ia sekadar menimba pengalaman beraksi dengan pasukan lebih hebat.

"Menerusi kejohanan ini juga, CIMB dapat melihat sejauh mana perkembangan yang telah dicapai dan mengenalpasti kelemahan pasukan yang perlu dibaiki," katanya
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz5184ezuWZ

© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 30 November 2017

Kedah menewaskan Selangor 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia

ARKIB : 23/08/2008
23/08/2008 11:12pm

KUALA LUMPUR 23 Ogos — Juara bertahan Kedah mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia dua musim berturut-turut dengan menewaskan Selangor 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Separuh masa pertama: Selangor 1 Kedah 3

Penyerang: SELANGOR - Frank Seator (minit 18), Mohd Safee Mohd Salee (77); KEDAH - Marlon Alex James (31), Nelson San Martin (32), Mohd Fadly Baharom (37).

Barisan Pemain:

SELANGOR - Mohd Suffian Abd Rahman, Mohd Razman Roslan, Evans Chisulo, Mohd Shukor Adan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asraruddin Putra Omar, D.Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Elie Aiboy, Mohd Safee Mohd Sali, Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Fadzli Saari).

KEDAH: Mohd Hilmi Eliza Elias, Victor Andrag (Mohd Fazliata Taib), Cornelius Benard Huggins, Badrol Bakhtiar, Nelson San Martin (Mat Sabri Abu), V.Thirumurugan, Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim, Mohd Khyrill Muhymeen, Mohd Fadly Baharom, Marlon Alex James.

Pengadil: Rosdi Shaharul (Perak) — BERNAMA
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz4zv8mFTlo

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 26 November 2017

Piala FA: Merah Kuning 'kelaparan' go

ARKIB : 17/06/2008
KUALA LUMPUR - Taktik terlalu bertahan dan hanya mengekalkan kedudukan mendahului 2-1 tidak sesekali menjadi amalan Selangor apabila mengunjungi Terengganu dalam separuh akhir kedua persaingan bola sepak Piala FA, malam ini.

Gergasi Merah tetap mengidam sekurang-kurangnya satu gol lagi dan kemenangan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk memastikan 'sebelah lagi kaki' mereka tiba di pintu perlawanan akhir, Sabtu ini.

Pengurus pasukan Selangor, Zakaria Ab. Rahim berkata, beliau tidak seronok walaupun pasukannya menang dan mendahului 2-1 dalam separuh akhir pertama di Shah Alam, Sabtu lalu kerana ia masih merupakan satu lagi jalan sukar apatah lagi dengan peraturan gol tempat lawan.

"Kami tetap memburu gol dan kemenangan di Kuala Terengganu untuk kepastian tiket perlawanan akhir," katanya yang bakal mengharungi perlawanan ketiga selaku pengurus bola sepak sepenuh masa pertama termasuk Piala Malaysia, 11 Jun lalu.

Selangor memburu kemaraan kali keenam ke perlawanan akhir Piala FA - persaingan kalah mati kebangsaan sejak 1990 khususnya sebagai mengubat kegagalan meraih tiga tempat teratas Liga Super 2007-2008 yang berakhir bulan lalu.

Namun, anak buah Dollah Salleh melepaskan peluang mengumpul gol sebanyak mungkin, Sabtu lalu malah nyaris diaibkan dengan jaringan pendahulu lawan, Ashaari Shamsuddin sebelum berjaya menghukum kesilapan penjaga gol, Sharbini Alawee.

Agak menyulitkan hajat Selangor ialah ketiadaan dua tonggaknya, Indra Putra Mahayuddin dan Evan Chisulo di Kuala Terengganu kerana sayap kiri dan bek tengah itu terpaksa menjalani penggantungan perlawanan dengan dua kad kuning.

"Kami mungkin meletakkan semula Amri Yahyah (biasanya bek kiri) atau R. Surendren ke sayap kiri tempat Indra itu manakala Razman Roslan dan Fadzirul Zakaria boleh dipertimbangkan untuk menggantikan Chisulo," katanya.

Seorang lagi bek tengah ialah Nazrulerwan Makmor yang dipinjamkan oleh KL PLUS tetapi sebenarnya tidak asing bagi Selangor kerana pernah membantu Merah Kuning membolot tiga gelaran semusim - Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Perdana 2005.

Barisan kemungkinan Selangor: Suffian Ab. Rahman, Razman Roslan, Nazrulerwan Makmor, P. Gunalan, D. Surendran, Nasriq Baharom, Shukor Adan, Elie Aiboy, Amri Yahyah, Safee Sali, Frank Seator.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4zb4oLTip

© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 14 November 2017

Amri, Andik belum digugur



14 November 2017
Amri, Andik belum digugur
Khidmat Amri masih ditagih Selangor.
 Amri, Andik belum digugur
PENGENDALI Selangor, P Maniam menafikan berita dua tonggaknya, Mohd Amri Yahyah dan Andik Vermansyah akan meninggalkan pasukan itu musim depan.

Menurutnya, pihak pengurusan masih membuat perbincangan mengenai kontrak kedua-dua pemain bintang itu, namun enggan memberi bayangan sama ada mereka akan terus menyarung jersi merah kuning.

"Semua masih dalam perbincangan. Saya pasti kalau diikutkan kedua-dua masih mahu bersama Selangor.

"Tapi, semuanya akan terpulang kepada keputusan perbincangan mereka dengan pengurusan mengenai soal kontrak," katanya.

Sebelum ini, berita mengenai kedua-dua pemain itu akan meninggalkan The Red Giants hangat diperkatakan selepas kedua-dua pemain itu memberi bayangan melalui status yang dimuatnaik di laman sosial masing-masing.

Dalam pada itu, Maniam turut memberi bayangan akan menggunakan ramai tenaga muda dalam pasukan itu musim depan.

"Kita akan menaiktaraf sebilangan besar pemain Piala Presiden di dalam pasukan untuk memberi nafas baharu kepada pasukan.

"Tapi pada masa sama, kita juga akan mengekalkan beberapa pemain senior seperti Razman Roslan yang amat penting kerana ada pengalaman yang cukup berguna untuk membantu pemain muda," katanya
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 14 November 2017

Jumaat, 20 Oktober 2017

Selangor tidak akan gentar



 
 Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
KETIADAAN Amri Yahya (kiri) pada perlawanan menentang PDRM malam ini tidak akan menjejaskan corak permainan Selangor.

SELANGOR mahu melayan kunjungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa rasa takut dan gentar.

Demikian jelas jurulatihnya, Dollah Salleh menjelang pertemuan dengan skuad yang mendapat jolokan Sang Saka Biru itu pada saingan bola sepak Liga Super di Stadium Shah Alam malam ini.

Biarpun PDRM berjaya menumbangkan pendahulu Liga Super, Terengganu 4-2 pada Sabtu lalu, Dollah tetap menganggap semua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang ketika ini.

“Saya tidak risau kerana kekuatan semua pasukan dalam Liga Super agak seimbang.

“Apa yang penting, saya mahu setiap pemain Selangor yang turun beraksi esok (malam ini) dapat mengekalkan corak permainan mantap bagi merealisasikan matlamat untuk mencapai kemenangan,” katanya semalam.

Dollah turut berharap pasukannya dapat memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong dan gelanggang sendiri bagi memastikan pasukan pelawat itu berjaya ditumbangkan walau apa cara sekalipun.

“Saya tidak kisah tentang persembahan pemain. Kalau mereka main cantik pun seperti pada babak pertama ketika menentang Perlis (1 Januari lalu) tapi tak dapat jaringkan gol, tak guna juga.

“Apa yang saya mahu, pemain harus memanfaatkan segala peluang di depan gol untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik Selangor,” tegasnya.

Tentang ketiadaan dua tonggak iaitu Mohd. Fadzli Shaari yang menjalani pembedahan lutut kanan serta Mohd. Amri Yahyah yang diserang demam denggi, Dollah tidak gusar tentang situasi itu.

“Walaupun sedikit menjejaskan persiapan pasukan, tetapi tiada masalah buat saya. Ini kerana, dua pengganti mereka iaitu Safiq Rahim dan Indra Putra Mahayuddin setakat dua perlawanan lalu berjaya melaksanakan tugas masing-masing dengan baik,” katanya.

Ditanya kemungkinan PDRM bakal menurunkan penyerang import dari Singapura, Noh Alam Shah, pengendali Selangor itu berkata, dia tidak tahu tentang perkara itu tetapi tidak risau jika pemain itu diturunkan.

“Saya percaya, pemain-pemain pertahanan saya boleh menangkis asakan rangkaian penyerang lawan. Setakat ini, saya puas hati dengan gandingan Evans Chisulo dan Razman Roslan di bahagian pertahanan,” ujarnya.

SUBERArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4w7YoDkUp
Hakcipta terpelihara

Jumaat, 29 September 2017

AMRI JARINGKAN DUA GOL



Di Stadium Shah Alam, juara 2005 Selangor turut menggamit kemenangan mudah apabila menewaskan pasukan berstatus kelab PKNS 2-1.

Mohd. Amri Yahyah muncul hero buat Selangor apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-15 dan 20.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4u7OzeavL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 18 September 2017

Harimau terus kebal

Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my
 
Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) melengkapkan kemenangan 100 peratus sekali gus memastikan sebagai juara Kumpulan H selepas menewaskan kelab Myanmar Ayeyawady United 2-1 pada aksi Piala AFC di Yangon, semalam.

Dengan kemenangan itu, skuad kendalian Mario Gomez yang hanya mempertaruhkan kelibat pemain tempatan menanti naib juara Kumpulan F antara Kitchee dari Hong Kong, Kaya FC (Filipina) atau Balestier Khalsa (Singapura) pada pusingan kedua di Stadium Larkin, 25 Mei ini.

Apapun skuad Harimau Selatan berbaki satu lagi perlawanan akan berdepan Bengaluru di Larkin, 11 Mei ini dan berpeluang mengekalkan rekod bersih tanpa kalah sepanjang aksi kumpulan.

Tempoh 10 minit babak pertama tampak kedua-dua pasukan bermain dengan corak permainan berhati-hati apabila sering berlegar di kawasan tengah padang tatkala Johor DT tanpa kelibat sembilan tonggak utama jelas menguasai perlawanan.

Percubaan pertama Johor DT hadir pada minit ke-11 selepas bola lambungan S Chanturu pantas disambar kapten Amri Yahyah yang bertindak melintangkan bola namun sekadar singgah di palang gol.

Namun, benteng Harimau Selatan dikejutkan dengan jaringan tuan rumah pada minit ke-26 berpunca daripada bola hantaran lintang Christopher Chizoba yang gagal dikeluarkan Fadhli Shas dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya Zaw Thiha merembat bola kencang menewaskan penjaga gol Izham Tarmizi Roslan.

Selang tiga minit kemudian, tindakan berani Amirulhadi Zainal yang menyusup masuk ke dalam kotak penalti selepas menerima bola hantaran Safee Sali hampir mencipta gol penyamaan, namun bola sepakan leret dihalang penjaga gol Hruai Vanlal.

Amirul akhirnya mencetak nama selaku penjaring gol penyamaan buat Johor DT pada minit ke-31 selepas menyudahkan gerakan yang dimulakan olehnya apabila mengumpan kepada Chanthuru yang membuka ruang untuk pemain tengah Harimau Selatan itu merembat bola leret menewaskan Vanlal.

Bersambung babak kedua, peluang terbaik Johor DT menambah jaringan pada minit ke-60 terlepas begitu sahaja apabila bola sepakan lintang Amri ditanduk kemas Junior Eldstal, namun Fadhli dan Amer Saidin sekadar tergamam melihat bola melintas di depan mata.

Gol kemenangan skuad Harimau Selatan hadir empat minit sebelum tamat berpunca dari sepakan percuma Amri namun bola tandukan Fadhli terkena tiang gol dan Safee yang berada di depan gol pantas merembat kencang ketika pintu gol terbuka luas bagi memastikan tiga mata dibawa pulang.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2016 @ 5:45 AM