Wartawan Sinar Harian
Melaka United tanpa kelibat Amri
Amri (dua kiri) tidak diturunkan
pada aksi menentang JDT di Larkin, esok.
KETUA Jurulatih Melaka United,
Eric Williams mengesahkan pasukannya bakal beraksi tanpa kelibat Mohd Amri
Yahyah dalam pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri
Hassan Yunos, esok.
Kata Williams, beliau terpaksa
mengetepikan bekas pemain JDT itu kerana gentleman’s agreement yang dibuat antara
pasukan itu dengan Tunku Mahkota Johor
(TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"Disebabkan terdapat
gentlement agreement antara TMJ dan pasukan ini, Amri tidak akan bermain
menentang kelab asalnya, biarpun kami mendapatkan penyerang itu secara tetap.
"Amri begitu kecewa tidak
dapat beraksi dalam perlawanan ini dan kami akan merindui kelibatnya,” katanya.
Walaupun kehilangan Amri, namun
Williams berhasrat untuk melakar kejutan di Larkin untuk mengembalikan
keyakinan penyokong.
Ujarnya lagi, beliau akan
menurunkan barisan terbaik, termasuk kesemua pemain import yang sudah kembali
cergas untuk beraksi dalam perlawanan esok.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 8
April 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan