Sabtu, 10 Jun 2017 @ 9:20 PM
AMRI Yahyah menerima cincin
khas daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, penaung Kelab
Bola sepak Johor Darul Ta'zim. - Foto Facebook Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Bekas penyerang
Johor Darul Ta'zim (JDT), Amri Yahyah turut menerima cincin khas Kelab Bola
sepak Johor Darul Ta'zim sempena membantu kejayaan pasukan menjuarai liga buat
kali ketiga berturut-turut, musim ini.
Cincin penghargaan itu diserahkan kepada Amri
yang kini beraksi untuk Selangor ketika pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor,
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di Hotel Thistle, Johor Bahru, Johor. Berdasarkan
kenyataan disiarkan dalam laman web rasmi Facebook Johor Southern Tigers hari
ini, kelab itu mengucapkan terima kasih atas jasa dan bakti semua pemain kepada
kelab selama ini.
Selepas meninggalkan JDT, Amri pernah
menyarung jersi pasukan Melaka United (MU) hampir semusim sebelum kembali ke
skuad The Red Giants ketika jendela perpindahan pemain akan ditutup esok.
SUMBER-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/291677
Tiada ulasan:
Catat Ulasan