MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
KHIDMAT ‘kuda tua’ iaitu penyerang
veteran Selangor Amri Yahyah menjadi sandaran utama bagi merobek gawang Perak
pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, Selangor, Jumaat ini.
Pengendali Selangor B
Sathianathan berkata, Amri yang berusia 38 tahun akan terus menggalas cabaran
merobek gawang lawan untuk Gergasi Merah selepas mempamerkan aksi cemerlang
menewaskan Melaka United, baru-baru ini.
Beliau berkata, Amri menunjukkan
komitmen tinggi sekali gus mampu menyelesaikan masalah di bahagian serangan
selain dapat membimbing pasukan dengan baik.
“Kita mempunyai lima pemain yang
cedera dan besar kemungkinan tidak boleh diturunkan ketika menentang Perak
nanti.
“Oleh itu, saya tidak banyak
pilihan dan perlu menggunakan segala kekuatan yang ada memandangkan Perak
bukanlah calang-calang pasukan kerana mereka mempunyai pemain berpengalaman dan
sudah lama bersama,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro, semalam.
Sathia berkata, beliau akan
mengekalkan sebahagian besar pemain yang diturunkan ketika menentang Melaka
United sebelum ini.
“Saya mengharapkan pemain dapat
mengekang asakan daripada pihak lawan kerana mereka mempunyai rekod cemerlang
iaitu hanya sekali tumpas. Walaupun, kita bermula perlawanan liga dengan
keputusan kurang memuaskan namun akan bangkit memperbaiki kedudukan untuk
saingan akan datang,” katanya.
Sementara itu, Sathia berkata,
pemain yang cedera mungkin mengambil masa sehingga beberapa minggu untuk pulih
sebelum dibenarkan beraksi.
“Rufino Segovia, Wan Zack Haikal,
Endrick dan dua pemain masih lagi cedera sekali gus pasukan sebenarnya
kekurangan pemain untuk diturunkan.
“Namun, saya berharap pemain yang
ada boleh mengekalkan momentum kemenangan sekali gus mengembalikan kegemilangan
pasukan,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Rabu, 10 April 2019 @ 5:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan