tagih bisa Wak Am
AMRI YAHYAH (kiri) sekali lagi
menjadi sandaran Selangor untuk merobek gawang lawan apabila menentang Perak di
Stadium Shah Alam, malam esok. Gambar Selangor FA
11 April 2019 9:26 PM
KUALA LUMPUR 11 April – Ketiadaan
Endrick dos Santos dan Rufino Segovia akibat kecederaan memaksa jurulatih
Selangor, B. Sathianathan terus menagih kudrat Amri Yahyah apabila berdepan
Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, esok.
Kapten Merah Kuning berusia 38
tahun akan kekal di posisi sayap kanan seperti ketika menentang Melaka United,
Sabtu lalu yang menyaksikan dia meledak dua gol awal untuk Selangor melakar
kemenangan sensasi 4-3.
“Apabila hilang dua penyerang
import, Endrick dan Segovia dalam tempoh yang panjang, kami perlukan pengganti
yang berpengalaman seluas seperti Amri.
“Dia akan kekal sebagai kapten
dan dalam kesebelasan utama. Dengan pengalaman luas, dia mampu membawa sedikit
kelainan kepada Selangor dalam berdepan juara Piala Malaysia 2018, Perak,”
katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Amri atau dikenali sebagai Wak Am
dan pemain gantian, Sean Eugene Selvaraj masing-masing menyumbat dua gol sekali
gus memastikan Red Giants menyambar tiga mata dari Stadium Hang Jebat dan
menghuni anak tangga kelima carta Liga Super 2019.
Sathianathan turut mengakui tiada
salahnya untuk terus mengekalkan barisan utama Selangor dalam perlawanan
kesembilan nanti ekoran momentum kemenangan ketiga mereka dan semangat tinggi kebangkitan
daripada ketinggalan.
“Menentang Perak bakal jadi aksi
yang lebih mencabar kerana saya mendapati Perak yang menguasai perlawanan dan
mencipta peluang ketika seri dengan PKNS 2-2 di Ipoh, Ahad lalu.
“Perak ada reputasi selaku juara
bertahan Piala Malaysia dan mereka seperti telah menemukan rentak permainan
yang diperlukan untuk menang,” katanya.
Mengenai Sean, katanya, pemain
itu masih perlu bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama bersama
Syazwan Zainon dan Faiz Nasir.
“Seorang jurulatih perlu tahu
bila masa yang terbaik untuk turunkan pemain berdasarkan kemampuannya. Benar
dia yang jaringkan gol menentang Melaka tetapi untuk bermain sepenuh masa,
masih dua perkara yang berbeza.
“Sekalipun dia mungkin di bangku
simpanan dengan enam lagi pemain, saya mahu dia tahu setiap orang ada
kepentingannya dalam pasukan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-tagih-bisa-wak-am-1.880875#ixzz5kpUMf6qO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan