Mohd Amri Yahyah dilahirkan pada
21 Januari 1981, berasal dari Parit Serong, Tanjung Karang, Selangor Darul
Ehsan. Amri merupakan pemain Selangor paling setia selepas Allahyarham Datuk
Mokhtar Dahari yang bermain untuk Selangor selama 15 tahun dari 1972-1988.
Menyingkap detik penglibatan Amri dalam bolasepak, beliau hanya bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya, Tanjung Karang dan bermain bolasepak
mewakili sekolahnya. Bakatnya mula diintai oleh bapa pembangunan bolasepak
Selangor ketika itu, Datuk Muhd Aini Taib yang kebetulan menjadi ADUN Sg.
Burung. Amri adalah batch terakhir yang terpilih untuk bersama Akademi Bolasepak
Selangor. Ramai pemain dari daerah Tanjung Karang terpilih ketika itu. Amri
memulakan karier bersama Merah Kuning pada 2001 ketika beliau berusia 20 tahun.
Mewakili skuad Piala Presiden Selangor dengan posisi di bahagian serangan dan
menjaringkan lapan gol.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan