Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my
MELAKA 30 DECEMBER 2016. Pemain
Melaka United, Amri Yahya pada perlawanan persahabatan Melaka United menentang
JDT II di Stadium Hang Tuah, Jalan Hang Tuah. Keputusan penuh perlawanan Melaka
United (1) - JDT II (1).STR/ MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBERMUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
MELAKA: Amri Yahyah menyerahkan
kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bagi menentukan
kedudukannya dalam skuad terbabit selepas Melaka United (MU) mahu melepaskannya
untuk bersama negeri kelahirannya, Selangor.
Menurutnya, keputusan akhir
terpulang kepada pengurusan dengan dia sentiasa berkhidmat kepada mana-mana
pasukan termasuk MU dan Selangor.
Katanya, selepas meninggalkan
Johor Darul Ta'zim (JDT) dia sememangnya berhasrat bersara dengan pasukan
kelahirannya itu namun buat masa ini dia belum bersedia meninggalkan bola sepak
dan terpulang kepada prestasi semasanya.
"Buat masa ini saya akan
terus memberikan yang terbaik buat MU pada baki perlawanan pusingan pertama
liga termasuk pertemuan berdepan JDT Ahad ini.
"Bagi skuad kebangsaan,
terpulang kepada jurulatih untuk menyenaraikan saya. Jika terpilih saya akan
memberikan yang terbaik buat skuad Harimau Malaya," katanya.
Hari ini BH Sukan melaporkan
pengurusan MU mengambil keputusan luar jangkaan dengan bakal melepaskan Amri
Yahyah kembali mewakili pasukan asalnya Selangor menjelang jendela perpindahan
pemain musim ini.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu,
5 April 2017 | 7:52pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan