MyMetroNode
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Penyerang
berpengalaman, Mohd Amri Yahyah dilantik sebagai kapten Harimau Malaysia bagi
menggantikan Safiq Rahim yang mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa
pada Julai lalu.
Pelantikan itu diumumkan oleh
pengendali kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, hari ini selepas mengadakan
perbincangan bersama pengurus pasukan, Datuk Hamidin Mohd Amin.
"Kami bersetuju untuk
melantik Amri sebagai kapten kerana dia pemain senior yang konsisten bersama
skuad kebangsaan.
"Dia seorang pemain yang
memiliki ciri kepimpinan dan boleh membimbing ramai pemain muda dalam skuad
kali ini," katanya.
Amri, 35, dari kelab Johor Darul
Ta'zim (Johor DT) sebelum ini pernah menjadi kapten ketika ketiadaan Safiq yang
mengalami kecederaan.
Kim Swee turut mengesahkan pemain
tengah, Baddrol Bakhtiar dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat akan menjadi
penolong kapten pasukan.
Skuad kebangsaan kini menjalani
latihan pusat bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan
Indonesia di Stadium Manahan, Solo pada 6 September ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 1 September 2016 @ 3:31 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan