MyMetroNode
Petaling Jaya: Jurulatih Harimau
Malaysia Datuk Ong Kim Swee percaya penyerang berpengalaman Amri Yahyah masih
mampu bertahan untuk beraksi di peringkat antarabangsa selepas melantik pemain
berusia 35 tahun itu sebagai kapten.
Selepas Safiq Rahim mengumumkan
persaraan daripada mewakili skuad kebangsaan Julai lalu, kini tugas memakai
lilitan di lengan diserahkan kepada rakan sepasukannya di Johor Darul Ta’zim
(Johor DT) iaitu Amri.
Bagaimanapun, dengan usianya yang
semakin meningkat, timbul kebimbangan kemungkinan pemain kelahiran Tanjong
Karang, Selangor itu akan turut mengikut jejak langkah Safiq serta Aidil Zafuan
Radzak, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal yang juga dari kelab sama.
Bagaimanapun, Kim Swee yang
mengesahkan mengadakan perbincangan dengan pengurus pasukan Datuk Hamidin Mohd
Amin dalam membuat keputusan pelantikan itu percaya Amri mampu untuk terus
kekal konsisten bersama skuad kebangsaan.
“Kita tahu Amri pemain senior
yang cukup konsisten dengan pasukan kebangsaan dan sebagai pemain senior dia
juga menunjukkan ciri sebagai ketua. Ini penting kerana ramai pemain muda dalam
skuad kebangsaan kali ini.
“Sebelum ini juga Amri pernah
menjadi ketua pasukan apabila Safiq tak bermain ketika bertemu Timor Leste
(perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019) jadi saya tak nampak
masalah besar kerana Amri adalah idola kepada sesetengah pemain,” katanya
ketika ditemui pemberita semalam.
Kim Swee turut mengumumkan pemain
tengah dari Kedah Baddrol Bakhtiar dan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che
Mat dilantik sebagai penolong ketua pasukan.
Dengan pelantikan itu, Amri akan
memimpin pasukan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Indonesia di
Stadium Manahan, Solo pada 6 September ini.
“Walaupun kita nampak Hazwan
(Bakri) selalu menjaringkan gol kebelakangan ini tapi Amri juga penyerang
konsisten yang menjaringkan gol walaupun bermain untuk 20 minit atau 15 minit.
“Saya pasti, jika prestasi dia
(Amri) konsisten, dia akan terus dipanggil mewakili skuad kebangsaan,” jelas
Kim Swee yang kini giat mengendalikan latihan pusat skuad kebangsaan sejak
Isnin lalu.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 2 September 2016 @ 7:22 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan